Berita&Aktiviti

SESI PERJUMPAAN YAB MENTERI PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR BERSAMA WARGA PETRA BAGI BULAN NOVEMBER 2026 – 19 NOVEMBER 2026

Berita&Aktiviti

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐁 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐈𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔

Sesi Perjumpaan YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Bersama Warga PETRA Bagi Bulan November 2026 di Dewan Baiduri, Menara PETRA hari ini telah turut dihadiri oleh pengarah serta pegawai pusat kajian, bahagian dan makmal NAHRIM. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga NAHRIM atas penarafan lima bintang dalam Penilaian Kendiri Pengurusan Kewangan PETRA tahun 2026 yang telah diterima oleh YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Hj Mat Desa, Ketua Pengarah NAHRIM. Menjelang persediaan memasuki tahun 2027, seluruh warga NAHRIM diseru agar terus meningkatkan kecekapan penyampaian dan melaksanakan setiap amanah dengan penuh keikhlasan serta ihsan demi kesejahteraan negara terutamanya ke arah pemerkasaan transformasi penyelidikan air Negara.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera