Berita&Aktiviti

SINERGI STRATEGIK: SESI LIBAT URUS NAHRIM BERSAMA KEMENTERIAN EKONOMI – 15 JANUARI 2026

Berita&Aktiviti

15 Januari 2026 | SINERGI STRATEGIK: SESI LIBAT URUS NAHRIM BERSAMA KEMENTERIAN EKONOM

15 Januari 2026 | SINERGI STRATEGIK: SESI LIBAT URUS NAHRIM BERSAMA KEMENTERIAN EKONOMI

Hari ini telah berlangsung Sesi Libat Urus antara Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dan Kementerian Ekonomi (KE) bertempat di Bilik Gerakan, NAHRIM.

Sesi dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Ketua Pengarah NAHRIM, diikuti dengan taklimat korporat bagi memberi gambaran jelas mengenai peranan NAHRIM sebagai peneraju penyelidikan air negara. Selain itu, pembentangan projek-projek penyelidikan utama turut diadakan bagi berkongsi impak serta inovasi yang sedang dibangunkan oleh NAHRIM. Delegasi KE turut dibawa melawat ke fasilit-fasiliti NAHRIM.

Libat urus ini merupakan langkah penting dalam menyelaraskan hala tuju penyelidikan saintifik dengan perancangan ekonomi negara, terutamanya dalam mendepani isu sekuriti air dan kelestarian alam sekitar.

Terima kasih diucapkan kepada delegasi Kementerian Ekonomi atas perkongsian dan maklum balas yang produktif sepanjang sesi ini berlangsung.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

#NAHRIM #InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#WaterInnovation

profile penyelidikan
oacp