SEMINAR ON CLIMATE CHANGE VULNERABILITY & ADAPTATION FOR SUSTAINABLE WATER RESOURCES IN RESEARCH, PLANNING & MANAGEMENT
TARIKH : 18 OGOS 2015
MASA : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG
TEMPAT : PUTRAJAYA MARRIOTT HOTEL
LATAR BELAKANG
Air merupakan salah satu elemen yang paling penting bukan sahaja untuk hidupan; ia berkait rapat dengan kepentingan kritikal negara dan juga merupakan sebahagian daripada bumi dan corak cuaca. Disebabkan ciri-ciri dan tren yang tidak menentu, perubahan iklim akan memberi kesan kepada amalan pengurusan air dan operasi infrastruktur air semasa, yang berkemungkinan tidak mampu untuk menghadapi kesan negatif perubahan iklim ke atas perlindungan banjir dan bekalan air. Oleh itu penambahbaikan dan pengubahsuaian ke atas amalan kejuruteraan semasa perlu mengambil kira kesan perubahan iklim bagi mencapai objektif program yang ditetapkan dengan berkesan dan seterusnya membangunkan strategi pengurusan dan rangka kerja yang lestari.
OBJEKTIF
- Membentangkan dan mengenengahkan hasil penyelidikan kajian-kajian perubahan iklim dan impakya terhadap hidrologi dan sumber air;
- Menekankan kepentingan R&D di dalam bidang perubahan iklim untuk merapatkan jurang antara bidang sains dan kejuruteraan;
- Meningkatkan pemahaman dari aspek kebangsaan dan tempatan mengenai vulnerabiliti perubahan iklim serta mengarusperdanakan adaptasi perubahan iklim bagi pengurusan sumber air yang lestari.
SASARAN PESERTA
Pembuat dasar, pegawai kerajaan, pihak swasta, NGO, penyelidik, ahli akademik dan individu yang terlibat serta berminat dalam bidang berkaitan vulnerabiliti dan adaptasi perubahan iklim serta pengurusan sumber air dan infrastruktur berkaitan air.
Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi Sekretariat di:
Pusat Kajian Sumber Air & Perubahan Iklim
Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)
Lot 5377, Jalan Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
No. Tel. : 03-89476422/ 03-89476400 No. Faks : 03-89488530
Sekretariat : Khairul Anam < khairul.nahrim@1govuc.gov.my>, Aziazwa < aziazwa.nahrim@1govuc.gov.my>