Berita&Aktiviti

PROGRAM LIBAT URUS DAN JERAYAWARA PENYELIDIKAN NAHRIM BERSAMA KERAJAAN NEGERI PAHANG 2025

Berita&Aktiviti

PROGRAM LIBAT URUS DAN JERAYAWARA PENYELIDIKAN NAHRIM BERSAMA KERAJAAN NEGERI PAHANG 2025

Program Libat Urus dan Jerayawara Penyelidikan NAHRIM bersama Kerajaan Negeri Pahang 2025 telah diadakan pada hari ini di Kuantan, Pahang. Program disempurnakan oleh YBrs. En. Norhazly bin Nion, pengarah Badan Kawal SelianAir (Pahang), mewakili YH Dato’ Ali Syahbana bin Sabaruddin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, bersama YH Dato’ Ir. Dr. Hj. Nasehir Khan bin EM Yahaya, Ketua Pengarah NAHRIM (T). Pada sebelah pagi, sesi pembentangan 9 kertas kerja telah disampaikan oleh pegawai penyelidik NAHRIM dan pengarah BKSA. Manakala pada sesi petang, para hadirin dari pelbagai agensi Negeri dipecahkan kepada 7 kumpulan untuk sesi perbincangan, soal jawab dan pelan tindakan bersama pegawai NAHRIM selaku moderator, diikuti dengan sesi rumusan penutup oleh YBrs. Ts. Saiful Bahri bin Hamzah, pengarah PKPO NAHRIM. Turut hadir adalah YBhg. Dato’ TPr. Nik Noraisu Nik Ibrahim, pengarah JPBD Negeri Pahang dan YBrs. Encik Teo Wei Sing, pegawai khas kepada KDPM Tengku Mahkota Pahang.

profile penyelidikan
oacp