Berita&Aktiviti

PEMBEKALAN PERALATAN DAN BAHAN-BAHAN SEKALI GUNA BAGI SISTEM PEMPROSESAN AIR MINUMAN BERBUNGKUS DAN PERKARA BERKAITAN

Berita&Aktiviti

KENYATAAN SEBUT HARGA: NAHRIM/SH/30/2022
PEMBEKALAN PERALATAN DAN BAHAN-BAHAN SEKALI GUNA BAGI SISTEM PEMPROSESAN AIR MINUMAN BERBUNGKUS DAN PERKARA BERKAITAN

1. Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF) dan tempoh pendaftarannya masih berkuat kuasa di bawah kod bidang seperti berikut:
02 – Perabot, Peralatan Pejabat, Hiasan Dalaman dan Domestik
05 – Bahan Pembungkus/ Beka
01 – Bahan Pembungkusan Bekas/ Kotak/ Palet
dan
06 – Kimia, Bahan Kimia dan Peralatan Makmal
05 – Peralatan Makmal
02 – Peralatan Makmal Pengukuran, Pencerapan dan Sukat
dan
13 – Peralatan Kejuruteraan dan Mesin Pengeluaran
01 – Mesin, Kelengkapan Bengkel dan Mesin Pengeluaran
01 – Mesin Kelengkapan Bengkel

2. Penyebut Harga hendaklah ePerolehan on board dalam bidang berkaitan bagi perolehan berikut:

PEMBEKALAN PERALATAN DAN BAHAN-BAHAN SEKALI GUNA BAGI SISTEM PEMPROSESAN AIR MINUMAN BERBUNGKUS DAN PERKARA BERKAITAN

NO. SEBUT HARGA : QT220000000014248
TARIKH LANCAR IKLAN : 26 MEI 2022
TARIKH TUTUP IKLAN : 02 JUN 2022

3. Sebut Harga ini dilaksanakan melalui sistem e-Perolehan (eP) secara atas talian sepenuhnya. Pembekal-Pembekal yang ingin menyertai sebut harga ini MESTILAH berstatus eP-enabled (mempunyai ID log masuk dan Sijil Digital yang telah diaktifkan).

4. Tawaran sebut harga tidak akan dipertimbangkan sekiranya:
(a) Pembekal LEWAT menyerahkan tawaran sebut harga dengan lengkap dalam
sistem e-Perolehan; atau
(b) Pembekal GAGAL memuatnaik dokumen wajib dengan lengkap ke dalam sistem e-Perolehan;

5. Tempoh kenyataan tawaran sebut harga ini adalah tujuh (7) hari kalendar bermula pada 26 Mei 2022 (Khamis) dan tarikh tutup sebut harga adalah pada 02 Jun 2022 (Khamis).

6. Iklan sebut harga ini juga boleh dirujuk di portal rasmi Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) http://www.nahrim.gov.my, e-Perolehan dan MyPROCUREMENT. Pembekal dinasihatkan untuk sentiasa melayari portal rasmi yang dinyatakan bagi mendapatkan maklumat mengenai arahan-arahan terkini atau pindaan yang dikeluarkan dari masa ke semasa.

7. Tawaran Kewangan dan Tawaran Teknikal hendaklah dikunci masuk (key in) ke dalam Sistem eP sebelum atau pada 12.00 tengahari pada tarikh tutup sebut harga iaitu 02 Jun 2022 (Khamis) dan sebarang cadangan sebut harga dikemukakan selepas jam 12.00 tengah hari tidak akan dipertimbangkan.

8. Sila ambil maklum bahawa pihak Kerajaan dan NAHRIM berhak untuk membatalkan sebut harga ini pada bila- bila masa sekiranya perlu dan tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran sebut harga. Sebarang kos yang ditanggung oleh pihak penyebut harga kerana urusan sebut harga adalah menjadi tanggungjawab sepenuhnya oleh pihak penyebut harga.

9. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai seperti berikut:
a) Pertanyaan Teknikal
Nama : Puan Nur Aiza bin Mohamad
No. telefon : 03-8947 6400 samb. 6537
Emel : nuraiza[at]nahrim.gov.my

b) Pertanyaan Tawaran
Nama : Encik Stevie Sebol @ Muhammad Arif Sebol Abdullah
No. telefon : 03-8947 6400 samb. 6403
Emel : stevie.sebol[at]nahrim.gov.my

Nama : Puan Natrah binti Senin
No. telefon : 03-8947 6400 samb. 6493
Emel : natrah[at]nahrim.gov.my

profile penyelidikan
oacp