Ucapan oleh Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM.
Pada 5 Ogos 2011 yang lalu, NAHRIM telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di NAHRIM, Seri Kembangan. Majlis tersebut telah disaksikan oleh seramai 49 kakitangan NAHRIM dan 18 orang pegawai akademik daripada UiTM yang diketuai oleh Prof. Dato’ Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar, Naib Canselor UiTM. Objektif Memorandum Persefahaman tersebut antara lain, adalah untuk:
• Mewujudkan perhubungan pintar antara kedua-dua pihak untuk manfaat bersama;
• Mewujudkan perkongsian antara industri dan universiti;
• Menghasilkan graduan yang kompeten dengan kemahiran teknikal dan perniagaan, serta dilengkapi kemahiran insaniah;
• Bekerjasama dalam pengurusan sumber air dan isu-isu persekitarannya; dan
• Bertukar maklumat dari segi bahan dan penerbitan.
Ucapan oleh Prof. Dato’ Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar, Naib Canselor UiTM.
Pertukaran dokumen antara Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM dan Prof. Dato’ Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar, Naib Canselor UiTM.
Pertukaran cenderamata antara Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM dan Prof. Dato’ Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar, Naib Canselor UiTM.
Hjh. Zalilah bt Selamat, Pengarah Pusat Kajian Sungai menerangkan tentang pengujian produk H-Blok di kemudahan pasang/surut sungai, Makmal Hidraulik dan Instrumentasi.
Gambar berkumpulan antara delegasi UiTM dan pegawai NAHRIM.