Ketua Pengarah, YBhg. Dato’ Ir. Dr. Nasehir Khan bin E.M Yahaya mempengerusikan Mesyuarat 5.3.2 Bilangan 8 NAHRIM pada jam 8.30 pagi ini dengan kehadiran TKP dan pengarah-pengarah pusat kajian, makmal dan bahagian. Seterusnya saya mempengerusikan sesi perbincangan Projek Penyelidikan Forensik Banjir (ForBiM) Kuala Lumpur yang disampaikan oleh pasukan penyelidik PKSA dan PKKAAS NAHRIM. Sesi perbincangan berkaitan Projek Penyelidikan Bekalan Air Bersih Alternatif ESSCOM tahun 2025 dan 2026 selanjutnya yang disampaikan oleh pasukan PKPO dan PKSA telah turut diadakan.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia









