Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI (KAM) NAHRIM TAHUN 2026 telah diadakan pada 27 September 2026 di Dewan Kampung Masjid, Batu Kawan, Pulau Pinang. Majlis disempurnakan dengan kehadiran ucapan oleh YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Hj Mat Desa, Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM; YBrs. Encik Anuar bin Yussoff, Ahli Majlis MB Seberang Perai; En Azhar Mohamed, Pengerusi JPKKKP; Imam Zulkhairi, Pengerusi JK Kariah Masjid Jamek; Pn Azniza, Pejabat Tanah SPS, wakil MPKK serta ahli jawatankuasa kampung. Melalui program KAM ini, beberapa inisiatif sedang digerakkan termasuklah membaikpulih fasiliti sukan, sistem penuaian air hujan, membaiki bumbung masjid, gotong-royong meningkatkan kemudahan awam sekitar kampung serta sumbangan van jenazah. Selain itu, NAHRIM turut menawarkan perkhidmatan dan kepakaran berkaitan teknologi dan pembangunan air kepada pelbagai peringkat komuniti Kampung Masjid, Batu Kawan.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia






