Sesi menandatangani dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) di antara NAHRIM dan UKM.
Pada 3 Disember 2015 yang lalu, NAHRIM telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertempat di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM. MoU tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Prof Datuk Dr Noor Azlan bin Ghazali, Naib Canselor UKM dan YBhg Datuk Ir Hj Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM. Majlis tersebut telah disaksikan oleh Prof. Dato’ Ir Dr Abdul Wahab bin Mohammad, Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina dan Dr Saim bin Suratman, Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM. Majlis tersebut telah dihadiri oleh pegawai–pegawai kanan NAHRIM dan pegawai–pegawai kanan UKM.
MoU ini adalah untuk menjalankan usaha sama di dalam bidang-bidang seperti berikut:
- Penggunaan fasiliti/instrumen bertaraf dunia;
- Kolaborasi penyelidikan;
- Perundingan dan khidmat nasihat;
- Penganjuran seminar/bengkel/persidangan/kursus pendek;
- Penyelidikan praktikum, latihan industri dan kerja lapangan;
- Penulisan dan penerbitan.
Pertukaran dokumen di antara YBhg. Datuk Ir Hj Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM dan YBhg. Prof Datuk Dr Noor Azlan bin Ghazali, Naib Canselor UKM.