Pada 3 Mei 2011, Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM telah membuat lawatan ke kawasan tanah paya gambut yang terletak di Sesang, Sarawak. Lawatan tersebut untuk melihat rasional penyelidikan berkaitan air dijalankan di kawasan paya gambut. Hutan paya gambut secara semulajadinya merupakan tanah tropika yang sentiasa digenangi air dan biasanya didapati di lembah sungai, kawasan delta dan muara. Hutan ini bertindak sebagai penakung dan pembekal air kerana mempunyai kemampuan penyerapan air bagaikan span. Aktiviti manusia seperti eksplotasi untuk pembalakan dan tebus guna tanah pertanian telah mengancam hutan paya gambut. Hutan paya gambut terancam cenderung menjadi kering dan berisiko tinggi untuk terbakar secara besar-besaran.