Taklimat oleh En. Leonard Ng dan perbincangan berkaitan teknologi Integrated Waterscape.
Satu lawatan yang diketuai oleh Ketua Pengarah NAHRIM, Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban ke Bishan Park, Singapura telah diadakan pada 15 Ogos 2011. Lawatan ini telah berjaya memberi pendedahan secara terus dan perkongsian kepakaran di peringkat antarabangsa kepada penyelidik NAHRIM berkaitan Teknologi Integrated Waterscape yang telah terbukti berjaya diaplikasikan pada tasik di Singapura yang menjadikannya harmoni dari segi ekosistem, dan menyumbang kepada peningkatan kualiti air tasik dan persekitarannya. Lawatan ini turut disertai oleh Ir. Mohd Zaki Mat Amin, Pengarah Pusat Kajian Sumber Air, Dr. Pauziah Hanum Abd Ghani, Pengarah Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar dan beberapa pegawai penyelidik.
Satu taklimat ringkas berkaitan projek kajian dan lawatan sekitar Bishan Park bagi meninjau secara dekat pelbagai komponen yang terlibat bagi membolehkan rawatan secara integrasi beroperasi antaranya; aplikasi teknologi bioengineering techniques, cleansing biotopes, green roof, vegetated swales, constructed/floating wetlands, bioponds dan teknik-teknik lain. Perbincangan turut fokus kepada Standard Operating Procedure yang dilaksanakan bagi tujuan pengurusan tasik dan persekitaran tadahannya merangkumi kesediaan unit dan kepakaran pengurusan tasik, pemantauan kualiti air, pemantauan biodiversiti flora dan fauna tasik, pengurusan baja, sistem air kumbahan (sewage and sullage) serta perkongsian maklumat berkaitan kaedah terbaik yang diamalkan Singapura dalam menangani masalah utama tasik yakni pengurusan air ribut, air hujan dan hakisan tanah.
Lawatan Teknikal di sekitar Bishan Park.
Teknik Vegetated swales.
Teknik Vegetated swales.
Teknik Cleansing Biotopes.
Perbincangan akhir di tapak projek.
Delegasi NAHRIM bersama En. Leonard Ng di pejabat.