Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) akan menganjurkan Kolokium Impak Kehadiran Bahan Pencemar Kompleks Endocrine Disrupting Chemicals (EDC) Dalam Air Kepada Ekosistem Dan Kesihatan Manusia pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 11 Jun 2014 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Auditorium NAHRIM,
Lot 5377,
Jalan Putra Permai,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.
Objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta kolokium berkaitan kehadiran EDC dalam air dan impaknya terhadap ekosistem dan kesihatan manusia. Selain itu juga ia adalah untuk memberi satu platform kepada pembentang dan peserta seminar bagi tujuan perkongsian ilmu berkaitan EDC khususnya dalam aspek penyelidikan yang telah dijalankan, standard kualiti air parameter EDC, kaedah pengukuran analitikal berskala low level, kaedah rawatan EDC dan lain-lain isu yang berkaitan. Yuran adalah percuma.
Keterangan lanjut sila hubungi:
Pn. Syazrin Syima bt. Sharifuddin
syima.nahrim@1govuc.gov.my
Pn. Dayang Noraliza bt Rosley@Agai
dayang.nahrim@1govuc.gov.my
Telefon: 03-8947 6400 samb. 6677 / 6605.
Muat turun BORANG