Berita&Aktiviti

Kesan Perubahan Iklim Terhadap Peningkatan Aras Laut & Pusuan Ribut (Storm Surge) di Malaysia

Berita&Aktiviti

SLR

Oleh:
Pusat Kajian Pantai & Oseanografi (PKPO)
Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)
Ogos 2021

(sebarang penerbitan semula maklumat ini perlu mendapat persetujuan NAHRIM melalui webmaster[at]nahrim[dot]gov[dot]my)

 

LATAR BELAKANG FENOMENA KENAIKAN ARAS LAUT &  PUSUAN RIBUT

Kenaikan aras laut dikaitkan kepada dua faktor utama, yang disebabkan oleh perubahan iklim dan pemanasan global:

Pengembangan termal: Umumnya air akan mengembang. Hampir separuh daripada kenaikan aras laut dalam beberapa abad yang lalu disebabkan oleh peningkatan suhu laut kepada lebih panas. Fenomena ini menyebabkan air mengembang yang menyebabkan jasad air memerlukan lebih banyak ruang. Apabila ini berlaku, ia menyebabkan aras laut meningkat.

Kecairan dan kelesapan Ais dan Glasier di Kutub: Biasanya glasier dan litupan ais akan cair pada kadar yang tetap pada musim panas. Apabila tiba musim sejuk, salji yang dihasilkan daripada air laut yang meruap akan mengimbangi kembali kadar kecairan. Semenjak kebelakangan ini, suhu tinggi yang berpanjangan hasil daripada pemanasan global telah menyaksikan kadar kecairan salji yang lebih cepat dan tinggi.

slr2

sumber :

*National Oceanic and Atmospheric Administration,
U.S. Department of Commerce
*https://climate.nasa.gov/resources/global-warming-vs-climate-change

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

profile penyelidikan
oacp