Berita&Aktiviti

KERJA-KERJA UBAH SUAI DAN KEMASAN DI BILIK GERAKAN, MINI AUDITORIUM, FASAD PEJABAT KETUA PENGARAH, LANTAI ARAS 1 BLOK C SERTA KERJA-KERJA TAMBAHAN DI POS PENGAWAL UNTUK INSTITUT PENYELIDIKAN AIR KEBANGSAAN MALAYSIA (NAHRIM)

Berita&Aktiviti

KERJA-KERJA UBAH SUAI DAN KEMASAN DI BILIK GERAKAN, MINI AUDITORIUM, FASAD PEJABAT KETUA PENGARAH, LANTAI ARAS 1 BLOK C SERTA KERJA-KERJA TAMBAHAN DI POS PENGAWAL UNTUK INSTITUT PENYELIDIKAN AIR K

Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN dan akan diadakan pada ketetapan seperti
berikut:
Tarikh : 12 Jun 2026 (Jumaat)
Masa : 9.30 Pagi
Tempat berkumpul : Mini Auditorium
Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia
Lot 5377, Jalan Putra Permai
43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan

Hanya penama di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan,
Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) atau Sijil Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (CIDB) Malaysia yang boleh menghadiri taklimat sebut harga dan
tidak boleh mewakilkan pegawai lain. Kontraktor yang telah mendapat Kebenaran
Khas daripada pihak CIDB hendaklah mengemukakan sesalinan Kebenaran Khas pada
sesi taklimat. Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga ini dikehendaki
membawa Kad Pengenalan dan Salinan Sijil Akuan Pendaftaran yang berkaitan
semasa taklimat.

 

Pegawai yang menandatangani Borang Sebut Harga hendaklah Pegawai Syarikat
Yang Ditauliahkan seperti yang dinyatakan dalam Sijil Pendaftaran dengan Pusat
Khidmat Kontraktor.

 

Sebut Harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di
Bahagian Khidmat Pengurusan, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM),
Lot 5377, Jalan Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan SEBELUM ATAU
PADA 19 JUN 2026 (JUMAAT), TIDAK LEWAT JAM 12.00 TENGAH HARI.