Berita&Aktiviti

CADANGAN KAJIAN KEBOLEHLAKSANAN PROJEK PERINTIS KAWALAN ALGA DAN PENINGKATAN KUALITI AIR MENGGUNAKAN TEKNOLOGI PERANTI PENULENAN AIR MULTI-FUNGSI (MWPD)

Berita&Aktiviti

cadangan kebolehpasaran dan tingkat mwpd

Mesyuarat Pembentangan Cadangan Kerjasama NAHRIM dan ORS Technologies Sdn. Bhd. telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Dr. Hj. Nasehir Khan bin EM Yahaya, Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM pada 13 November 2025 (Khamis) bertempat di Bilik Gerakan NAHRIM. Cadangan Kajian Kebolehlaksanan Projek Perintis Kawalan Alga dan Peningkatan Kualiti Air Menggunakan Teknologi Peranti Penulenan Air Multi-Fungsi (MWPD) telah dibentangkan oleh pihak ORS Technologies Sdn. Bhd. bersama kolaborasi teknologi pakar dari Korea Selatan melalui Korea Entech Co. Ltd untuk penilaian kesesuaian dengan persekitaran air Negara. Turut hadir adalah Pengarah Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar (PKKAAS), Dr. Suriyani Awang bersama pegawai penyelidik PKKAAS dan Makmal Kualiti Air (MKA).

Disediakan oleh: Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar

profile penyelidikan
oacp