Makmal Kualiti Air (MKA), Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) menyediakan perkhidmatan analisis kualiti air bagi memenuhi keperluan pelanggan daripada pelbagai sektor. Dalam usaha memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap, sistematik dan berkualiti serta mematuhi keperluan akreditasi MS ISO/IEC 17025:2017 di bawah Jabatan Standard Malaysia (JSM), MKA menetapkan prosedur penghantaran dan penerimaan sampel yang perlu dipatuhi oleh setiap pelanggan. Sebarang pertanyaan atau permohonan perkhidmatan analisis boleh dikemukakan melalui e-mel lab.mka@nahrim.gov.my. Kerjasama pelanggan dalam mematuhi prosedur yang ditetapkan amat penting bagi memastikan integriti sampel, kebolehpercayaan keputusan analisis serta kualiti perkhidmatan makmal sentiasa terpelihara.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia