Berita&Aktiviti

CONGRATULATIONS TO THE RECIPIENTS OF THE PETRA OUTSTANDING SERVICE AWARD (APC) YEAR 2025

Berita&Aktiviti

TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) PETRA TAHUN 2025

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pegawai-pegawai Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) yang menerima anugerah semasa Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) PETRA Tahun 2025 atas dedikasi, komitmen, dan kecemerlangan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab kepada jabatan dan negara.

Majlis yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre (BACC) ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan diiringi oleh YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari Hj. Mat Desa, Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik, memperkukuh budaya kerja cemerlang, serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga NAHRIM dalam merealisasikan perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi dan bertaraf dunia. Inisiatif ini diharapkan dapat terus menyumbang kepada pemeliharaan kualiti sumber air negara untuk generasi akan datang.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera