Berita&Aktiviti

KERJA-KERJA SISTEM PENJIMATAN DAN KEBERKESANAN SPAH BAGI BEKALAN AIR ALTERNATIF DI BLOK A, B DAN C DI INSTITUT PENYELIDIKAN AIR KEBANGSAAN MALAYSIA (NAHRIM)

Berita&Aktiviti

KERJA-KERJA SISTEM PENJIMATAN DAN KEBERKESANAN SPAH BAGI BEKALAN AIR ALTERNATIF DI BLOK A, B DAN C DI INSTITUT PENYELIDIKAN AIR KEBANGSAAN MALAYSIA (NAHRIM)

Sebut Harga adalah dipelawa kepada Kontraktor tempatan dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia di bawah Gred G1 (Daerah Petaling sahaja) dengan pengkhususan Pembinaan Kejuruteraan Awam (CE21) dan Kelengkapan Mekanikal Pelbagai (M15) serta mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB). Salinan Sijil Pendaftaran hendaklah disertakan bersama-sama dengan tawaran.

Kehadiran untuk taklimat dan lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN dan akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 06 Mei 2026 (Rabu)

Masa : 9.30 Pagi

Tempat berkumpul : Mini Auditorium NAHRIM, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia Lot 5377, Jalan Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

Hanya penama di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan, Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) atau Sijil Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Malaysia yang boleh menghadiri taklimat sebut harga dan tidak boleh mewakilkan pegawai lain. Kontraktor yang telah mendapat Kebenaran Khas daripada pihak CIDB hendaklah mengemukakan sesalinan Kebenaran Khas pada sesi taklimat. Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga ini dikehendaki membawa Kad Pengenalan dan Salinan Sijil Akuan Pendaftaran yang berkaitan semasa taklimat.

Pegawai yang menandatangani Borang Sebut Harga hendaklah Pegawai Syarikat Yang Ditauliahkan seperti yang dinyatakan dalam Sijil Pendaftaran dengan Pusat Khidmat Kontraktor.

 

Sebut Harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Bahagian Khidmat Pengurusan, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Lot 5377, Jalan Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan SEBELUM ATAU PADA 13 MEI 2026 (RABU) TIDAK LEWAT JAM 12.00 TENGAH HARI.

Sebarang dokumen yang diterima selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Adalah menjadi tanggungjawab penyebutharga untuk memastikan dokumen Sebut Harga tersebut diterima sebelum tarikh dan masa tutup yang ditetapkan.

 

Sila ambil maklum bahawa NAHRIM tidak semestinya menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga dan mempunyai hak untuk menerima sebut harga ini keseluruhannya atau mana-mana bahagian daripadanya jika perlu.