Berita&Aktiviti

PENGLIBATAN NAHRIM DALAM INTERNATIONAL GREENTECH & ECO PRODUCTS EXHIBITION & CONFERENCE MALAYSIA 2025 (IGEM 2025) – 15 HINGGA 17 OKTOBER 2026

Berita&Aktiviti

PENGLIBATAN NAHRIM DALAM INTERNATIONAL GREENTECH & ECO PRODUCTS EXHIBITION & CONFERENCE MALAYSIA 2025 (IGEM 2025)

Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menghadiri penganjuran International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia 2025 (IGEM 2025) yang berlangsung di Dewan 1-5, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Persidangan dan pameran peringkat antarabangsa ini dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dengan kerjasama Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC).

Penglibatan NAHRIM dalam IGEM 2025 merupakan platform strategik untuk mempamerkan hasil penyelidikan, inovasi teknologi hijau berasaskan air, serta penyelesaian mampan dalam menangani cabaran perubahan iklim. Sepanjang tiga hari program berlangsung, para pegawai dan penyelidik NAHRIM berpeluang bertukar-tukar pandangan teknikal, memperkasakan rangkaian kerjasama inter-agensi, serta meneroka potensi jalinan rakan strategik bersama pemain industri tempatan dan antarabangsa.

Secara keseluruhannya, penyertaan dalam persidangan dan pameran teknologi hijau terbesar di rantau ini menegaskan komitmen berterusan NAHRIM dalam menyokong agenda teknologi hijau negara. Penyertaan ini diharap dapat memacu pemindahan teknologi serta mengukuhkan peranan NAHRIM sebagai agensi penyelidikan teraju dalam pemeliharaan kelestarian air dan alam sekitar secara inklusif.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera