Berita&Aktiviti

PERTEMUAN DAN PERBINCANGAN AWALAN ANTARA NAHRIM DAN MARDI – 3 JULAI 2026

Berita&Aktiviti

PERTEMUAN DAN PERBINCANGAN AWALAN ANTARA NAHRIM DAN MARDI

Satu sesi pertemuan dan perbincangan awalan telah diadakan antara Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) pada hari ini bermula jam 3.00 petang. Pertemuan strategik ini berlangsung di Bilik Mesyuarat Pusat Perancangan Strategik & Pengurusan Inovasi, Ibu Pejabat MARDI (Blok A6), yang dihadiri oleh delegasi NAHRIM yang diwakili oleh PMKA Ir. Noor Hisham, PBPK Muhammad Azroie, UKK Dr. Ir. Hadi, dan UDPS Puan Hasina.

Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBrsh. Dr. Mohd Syaifudin Abdul Rahman, Pengarah Pusat Perancangan Strategik & Pengurusan Inovasi MARDI. Fokus utama pertemuan tertumpu kepada sesi bertukar-tukar pendapat serta mendapatkan pandangan komprehensif mengenai struktur organisasi institut, aktiviti penyelidikan rentas bidang (interdisiplinari), dan hala tuju jabatan dalam memperkasakan sektor Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi, Pengkomersialan, dan Ekonomi (RDICE) di peringkat kebangsaan.

Secara keseluruhannya, pertemuan awalan ini membuka ruang kolaborasi yang signifikan antara kedua-dua institusi penyelidikan utama negara dalam menyinergikan kepakaran sains air dan agrikultur. Melalui jalinan kerjasama ini, NAHRIM dan MARDI komited untuk menyokong agenda pemantapan sekuriti makanan dan kelestarian sumber asli berteraskan inovasi teknologi yang mampan demi impak positif kepada masyarakat dan negara.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera