Berita&Aktiviti

PERKHIDMATAN ANALISIS NON-STATIONARY AND BIAS CORRECTION BERDASARKAN IPCC AR5 BAGI ESTIMATION OF FUTURE DESIGN RAINSTORM UNDER CLIMATE CHANGE SCENARIOS (AR5) IN PENINSULAR MALAYSIA

Berita&Aktiviti

KENYATAAN SEBUT HARGA: NAHRIM/SH/28/2022
PERKHIDMATAN ANALISIS NON-STATIONARY AND BIAS CORRECTION BERDASARKAN IPCC AR5 BAGI ESTIMATION OF FUTURE DESIGN RAINSTORM UNDER CLIMATE CHANGE SCENARIOS (AR5) IN PENINSULAR MALAYSIA

1. Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF) dan tempoh pendaftarannya masih berkuat kuasa di bawah kod bidang seperti berikut:
22 – Perkhidmatan
11 – Guna Tenaga
01 – Perkhidmatan Iktisas (Profesional) – Tidak Termasuk Khidmat Perunding

2. Penyebut Harga hendaklah ePerolehan on board dalam bidang berkaitan bagi perolehan berikut:

PERKHIDMATAN ANALISIS NON-STATIONARY AND BIAS CORRECTION BERDASARKAN IPCC AR5 BAGI ESTIMATION OF FUTURE DESIGN RAINSTORM UNDER CLIMATE CHANGE SCENARIOS (AR5) IN PENINSULAR MALAYSIA

NO. SEBUT HARGA : QT220000000014117
TARIKH LANCAR IKLAN : 11 MEI 2022
TARIKH TUTUP IKLAN : 18 MEI 2022

3. Sebut Harga ini dilaksanakan melalui sistem e-Perolehan (eP) secara atas talian sepenuhnya. Pembekal-Pembekal yang ingin menyertai sebut harga ini MESTILAH berstatus eP-enabled (mempunyai ID log masuk dan Sijil Digital yang telah diaktifkan).

4. Tawaran sebut harga tidak akan dipertimbangkan sekiranya:
(a) Pembekal LEWAT menyerahkan tawaran sebut harga dengan lengkap dalam
sistem e-Perolehan; atau
(b) Pembekal GAGAL memuatnaik dokumen wajib dengan lengkap ke dalam sistem e-Perolehan;

5. Tempoh kenyataan tawaran sebut harga ini adalah tujuh (7) hari kalendar bermula pada 11 Mei 2022 (Rabu) dan tarikh tutup sebut harga adalah pada 18 Mei 2022 (Rabu).

6. Tawaran Kewangan dan Tawaran Teknikal hendaklah dikunci masuk (key in) ke dalam Sistem eP sebelum atau pada 12.00 tengahari pada tarikh tutup sebut harga iaitu 18 Mei 2022 (Rabu) dan sebarang cadangan sebut harga dikemukakan selepas jam 12.00 tengah hari tidak akan dipertimbangkan.

7. Sila ambil maklum bahawa pihak Kerajaan dan NAHRIM berhak untuk membatalkan sebut harga ini pada bila- bila masa sekiranya perlu dan tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran sebut harga. Sebarang kos yang ditanggung oleh pihak penyebut harga kerana urusan sebut harga adalah menjadi tanggungjawab sepenuhnya oleh pihak penyebut harga.

8. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai seperti berikut:
a) Pertanyaan Teknikal
Nama : Puan Zurina binti Zainol
No. telefon : 03-8947 6400 samb. 6480
Emel : zurina[at]nahrim.gov.my

b) Pertanyaan Tawaran
Nama : Encik Stevie Sebol @ Muhammad Arif Sebol Abdullah
No. telefon : 03-8947 6400 samb. 6403
Emel : stevie.sebol[at]nahrim.gov.my

Nama : Puan Natrah binti Senin
No. telefon : 03-8947 6400 samb. 6493
Emel : natrah[at]nahrim.gov.my

profile penyelidikan
oacp