Berita&Aktiviti

PEMBINAAN JETI

Berita&Aktiviti

Nama Projek : Pembinaan Jeti Penyelidikan NAHRIM- Kajian Dinamis Zon Pemecah Ombak dengan Menggunakan Teknologi Kamera Video
Kod Projek : P23 17000 009 0003

PENGENALAN

Kemaraan ombak merupakan unsur utama yang menjanakan tenaga di kawasan pantai, dari lautan ke daratan adalah dipengaruhi oleh proses zon pemecah, yang membawa kesan ke atas morfologi pantai. Parameter-parameter zon pemecah digunakan untuk menganalisakan tindakan ombak di pinggir pantai. Para penganalisa di Malaysia hanya menggunakan kaedah ramalan (hindcasting) data-data zon pemecah untuk rekabentuk dan analisa. Oleh itu, pengukuran dan pencerapan data yang sebenar aalah penting untuk rekabentuk dan analisa yang lebih tepat. Zon pemecah ombak merupakan kawasan bergelora tinggi di mana usaha pencerapa di tapak adalah berbahaya., oleh itu kaedah alternatif untuk memperlihatkan keadaan sebenar zon pemecah dengan menggunakan kamera video yang terletak di lepas pantai untuk merekod keadaan pantai secara berterusan diikuti dengan analisis sebagai salah satu pangkalan data di sepanjang garisan pantai negara. Sistem telemetri akan memudahkan untuk memuat turun data di pejabat sahaja. Ianya juga akan menjadi stesen yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Ianya adalah penting bagi pankalan data Negara. Bagi impak jangka panjang NAHRIM juga boleh menjadi pusat rujukan utama dalam data perairan laut kepada orang awam dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

OBJEKTIF:

  • Mengukur secara kuantitatif keadaan ombak memecah, pergerakan garis pantai dan batang pasir bawah air melalui kaedah penderia jauh (camera video).
  • Meningkatkan pengetahuan mengenai dinamis zon pemecah yang relevan untuk perancangan langkah pengawalan hakisan pantai.
  • Mewujudkan satu sistem rangkaian stesen hidrografi bervideo di seluruh negara.
  • Menjadikan NAHRIM sebagai rujukan utama sebagai pangkalan data marin negara.

OUTPUT:

  • Peningkatan pengetahuan tentang tindakan ombak terhadap pantai untuk perancangan dan rekabentuk pengawalan hakisan pantai yang lebih tepat dan ekonomi untuk pantai berpasir mahupun pantai berlumpur.
  • Pemantauan berterusan dapat memberikan satu trend perubahan garis pantai di kawasan yang mempunyai ketinggian ombak yang tinggi dan berisiko.
  • Membantu agensi pelaksana dalam rancangan pemulihan kawasan hakisan melalui cadangan kawasan zon pemecah ombak yang sesuai sebagai penimpal untuk meminimakan kesan ombak terhadap hakisan pantai.
  • Kewujudan stesen hidrografi bervideo dapat memudahkan kerja-kerja pengumpulan data oleh NAHRIM.
    Peningkatan sistem penyampaian data kepada agensi-agensi dan orang awam akan lebih efisyen dan produktif. Kewujudan jeti penyelidikan dapat memastikan kelangsungan data yang penting sebagai rujukan untuk penyelidikan pada masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

profile penyelidikan
oacp