NAHRIM telah menyertai pameran The 3rd Industry-Community Engagement Day 2025 (FKA ICE Day 2025) anjuran Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor pada 14 Oktober 2025. Penyertaan ini adalah sebahagian aktiviti promosi RDCI NAHRIM bagi mempamer dapatan kajian terkini jabatan, platform perkongsian maklumat dan teknologi seterusnya mengukuhkan jaringan kolaborasi penyelidikan bersama pihak akademik, industri dan komuniti.







