Berita&Aktiviti

LAWATAN TEKNIKAL NAHRIM KE LOJI RAWATAN AIR (LRA) PULAU BESAR, MELAKA – 12 JANUARI 2026

Berita&Aktiviti

LAWATAN TEKNIKAL NAHRIM KE LOJI RAWATAN AIR (LRA) PULAU BESAR, MELAKA – 12 JANUARI 2026

12 Januari 2026 | Lawatan Teknikal ke Loji Rawatan Air (LRA) Pulau Besar, Melaka

Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) melalui Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi (PKPO) telah mengadakan Lawatan Teknikal yang diketuai oleh Ts. Saiful Bahri bin Hamzah bersama 5 orang pegawai NAHRIM ke Loji Rawatan Air Pulau Besar yang diuruskan oleh Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB). Turut hadir ialah 2 orang pegawai dari Pejabat SAMB.

Fokus utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai NAHRIM terhadap proses rawatan air menggunakan teknologi Ultrafiltration (UF) dan Sea Water Reverse Osmosis (SWRO). Kedua-dua loji tersebut dibina di kawasan seluas 200 meter persegi bagi merawat air laut untuk kegunaan penduduk di pulau berkenaan. Pegawai NAHRIM telah diberikan taklimat penerangan daripada SAMB bagi setiap peringkat proses rawatan dan berpeluang melontarkan pertanyaan secara langsung berkaitan proses rawatan kepada pihak pembekal produk (UNW M&E Sdn Bhd) dan SAMB.

Melalui lawatan ini, pihak Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi (PKPO) berpeluang menerokai potensi Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam teknologi penyahgaraman air di bawah Rancangan Malaysia ke-13.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

#WaterInnovation #InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

profile penyelidikan
oacp