Sesi penyampaian cenderahati oleh Ketua Pengarah NAHRIM, YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban (tengah) kepada Pengarah JPSWP, YBrs. Hj. Abu Bakar Bin Mohd. Yusof (kiri). Turut serta Pengarah Makmal Hidraulik dan Instrumentasi ,Ir. Hj. Mohd Fauzi bin Mohamad (kanan).
15 Ogos 2014 – NAHRIM yang diketuai oleh YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM dengan diiringi oleh Ir. Hj. Mohd Fauzi bin Mohamad (Pengarah Makmal Hidraulik dan Instrumentasi) serta En. Saiful Bahri bin Hamzah (Pegawai Penyelidik Kanan) telah mengadakan lawatan ke pejabat Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan (JPSWP), Kuala Lumpur. Delegasi NAHRIM disambut oleh YBrs. Hj. Abu Bakar Bin Mohd. Yusof, Pengarah JPSWP.
Lawatan adalah bertujuan untuk mempromosikan kepakaran NAHRIM khususnya dalam bidang pemodelan fizikal dan juga perkhidmatan Makmal Hidraulik dan Instrumentasi. Perbincangan ringkas berkaitan isu-isu berkaitan pengurusan banjir di sekitar Kuala Lumpur turut diadakan.