Berita&Aktiviti

LAWATAN AKADEMIK PROGRAM UKM EARTHXCHANGE BERSAMA PELAJAR UNIVERSITI WUHAN, CHINA KE NAHRIM – 25 JUN 2026

Berita&Aktiviti

LAWATAN AKADEMIK PROGRAM UKM EARTHXCHANGE BERSAMA PELAJAR UNIVERSITI WUHAN, CHINA KE NAHRIM

Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menerima lawatan akademik daripada kumpulan pelajar antarabangsa yang menyertai program UKM EarthXChange. Delegasi yang terdiri daripada 12 orang pelajar dari Universiti Wuhan, China bersama 4 orang pegawai pengiring dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini telah disambut baik oleh pegawai penyelidik agensi bertempat di NAHRIM.

Tujuan utama lawatan akademik ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan secara praktikal kepada para pelajar luar negara tersebut mengenai modul kelestarian alam sekitar, teknologi penyelidikan air, serta sistem pengurusan sumber air yang diguna pakai di Malaysia. Selain sesi taklimat korporat bagi memberi kefahaman mendalam mengenai peranan NAHRIM dalam menangani isu air global, para pelajar turut dibawa melawat ke fasiliti utama agensi iaitu Makmal Hidraulik dan Makmal Kualiti Air.

Secara keseluruhannya, jalinan lawatan ini bukan sahaja memperkukuh perkongsian ilmu rentas sempadan, malah bertindak sebagai platform strategik untuk menarik minat bakat antarabangsa menceburi pengajian pascasiswazah di UKM melalui kolaborasi penyelidikan bersama NAHRIM. Langkah proaktif ini diharap dapat memantapkan lagi hubungan kerjasama akademik dan industri di peringkat global dalam memacu kelestarian sumber air masa hadapan.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera