NIDS adalah satu sistem perparitan generasi ketiga iaitu selepas perparitan tanah dan konkrit dimana NIDS mempunyai kemudahan rawatan sisa pepejal iaitu memerangkap sampah-sarap, endapan dan minyak dan merawat sisa terlarut serta kemudahan meresapkan ia ke simpanan air bumi. Lebihan air larian permukaan yang melalui proses rawatan dan resapan akan mengalir ke sistem sungai yang berdekatan. Oleh yang demikian, kualiti dan kuantiti air larian permukaan adalah terkawal sebelum dilepaskan ke sistem penerimaan air sebelum seterusnya impak banjir dan pencemaran sungai dapat di kurangkan pada tahap yang paling minima.
NBIOF adalah bahan semulajadi gantian untuk alum (Aluminium Oksid) yang lebih mesra alam yang digunakan bagi merawat air minuman untuk proses flokulasi beban terampai.
Dari kanan: Prof. Madya Dr. Ratnasamy Muniandy Penyelaras IENA di Malaysia, Prof. Ir. Dr. Nasehir Khan E.M. Yahaya dan juri semasa sesi penilaian juri.
Dari kanan: Prof. Ir. Dr. Nasehir Khan E.M. Yahaya, Pengarah Pusat Kajian Lembangan Sungai, Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM dan wakil IENA 2013 semasa majlis penyampaian hadiah.