Berita&Aktiviti

INOVASI SISTEM BEKALAN AIR PEDALAMAN: MESYUARAT CADANGAN SISTEM GRAVITI DAN TELAGA TIUB – 11 MAC 2026

Berita&Aktiviti

11 MAC 2026 | INOVASI SISTEM BEKALAN AIR PEDALAMAN: MESYUARAT CADANGAN SISTEM GRAVITI DAN TELAGA TIUB

Pada 11 Mac 2026, wakil NAHRIM, En. Noor Hisham Ab Ghani telah menghadiri Mesyuarat Pembentangan Cadangan Sistem Paip Air Graviti dan Telaga Tiub Dalam bagi kawasan kampung serta pedalaman di Semenanjung, Sarawak, dan Sabah. Sesi pembentangan oleh Syarikat HAAZ (M) Sdn. Bhd. ini telah berlangsung di Menara PETRA.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Pn. Zahariah binti Mohd Sarif, Setiausaha Bahagian Perkhidmatan Air & Pembetungan PETRA. Turut hadir bersama adalah wakil-wakil daripada pelbagai jabatan dan agensi strategik termasuk SPAN, JBA, PAAB, serta bahagian-bahagian teknikal PETRA.

Dalam sesi tersebut, pihak syarikat telah membentangkan konsep reka bentuk sistem yang inovatif, perkongsian pengalaman daripada projek-projek terdahulu, serta penilaian kebolehlaksanaan teknologi tersebut untuk diimplementasikan di kawasan luar bandar. Usaha ini merupakan langkah proaktif dalam memastikan capaian bekalan air yang mampan dan berkualiti buat komuniti di kawasan pedalaman seluruh Malaysia.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera