Berita&Aktiviti

7-9 JULY 2019.SUSTAINABLE DEVELOPMENT CONFERENCE 2019: SDC2019.

Berita&Aktiviti

7 – 9 Julai 2019 – Persidangan Antarabangsa 7th Sustainable Development Conference atau SDC 2019 telah berlangsung di Hotel Aetas Lumpini, Bangkok Thailand dibawah penganjuran Tomorrow People Organization.

Dua (2) orang pegawai penyelidik dari Makmal Kualiti Air (MKA), NAHRIM iaitu En. Muhammad Azroie bin Mohamed Yusoff dan Puan Jamilah binti Karim telah hadir dan turut membentangkan dua (2) kertas penyelidikan yang bertajuk ‘Occurance, Determination and Treatment of Bisphenol A in Langat River’ disampaikan oleh Puan Jamilah dan ‘Bioflocculant Tank’ oleh En. Azroie.

SDC 2019 merupakan sebuah platform yang tidak terhad kepada golongan penyelidik saintifik, malah meluas kepada golongan professional, ahli perniagaan, ahli politik, pendidik dan pengiat komuniti yang mana mempunyai matlamat yang sama iaitu kearah matlamat Kemampanan atau Sustainability yang mendukung wawasan SDG 2030.

Cenderahati penghargaan dari pihak NAHRIM kepada Pengarah Tomorrow People Organization Mr. Vladimir Mladjenovic kerana sudi menerima kertas perbentangan kami dan juga melantik kami sebagai Ahli Jawatankuasa Saintifik SDC 2019, disamping itu kami sempat mengedarkan pamphlet informasi koporat NAHRIM kepada ahli-ahli delegasi SDC 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

profile penyelidikan
oacp