NAHRIM bersama Perbadanan Kemajuan Cameron Highland (PKCH), Pahang melalui Invest Pahang telah mengadakan pameran di 5th Selangor Investment & Industrial Park Expo (SPARK) 2025 pada 8 – 11 Oktober 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC). Pameran NAHRIM dan PKCH meliputi produk RAINDROPS iaitu air minuman berbungkus dari sumber air hujan terawat yang dituai dari Taman Negara Kuala Tahan, Pahang. Produk RAINDROPS dirawat melalui proses penapisan mikro, ultra dan karbon seterusnya melalui proses ultra violet di Inkubator Sistem Penuaian Air Hujan (ISPAH) NAHRIM. Produk tersebut menepati piawaian dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di bawah produk air minuman berbungkus. Beberapa pengisian program termasuklah sesi pameran, penerangan, lawatan dan perbincangan potensi pengkomersialan produk. Reruai NAHRIM dan PKCH akan berada di SPARK2025 KLCC sehingga esok, Sabtu 11 Oktober 2025, ayuh dapatkan maklumat lanjut dari pegawai kami di Dewan 1 KLCC.
5TH SELANGOR INVESTMENT & INDUSTRIAL PARK EXPO (SPARK) 2025
Berita&Aktiviti














