Soalan Lazim (Frequently Asked Question)
| S1. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh NAHRIM? |
|
NAHRIM menawarkan perkhidmatan perundingan kepakaran dalam semua bidang kejuruteraan hidrulik termasuk kejuruteraan sungai, kejuruteraan pantai/pelabuhan, pembangunan sumber air dan kualiti air dan alam sekitar.
|
| S2. Bagaimanakah perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan dilaksanakan oleh NAHRIM? |
|
Nahrim melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan samada secara bersendirian atau melalui kerjasama dengan institusi lain atau perunding swasta.
|
| S3. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk setiap perkhidmatan yang diberikan. |
|
Ya. Bayaran yang dibekalkan termasuk bayaran profesional dan tuntutan perbelanjaan untuk melaksanakan perkhidmatan yang diperlukan. Bayaran profesional difaktorkan daripada gaji semua kakitangan profesional dan teknikal terlibat. Tuntutan perbelanjaan termasuk semua upah, pengangkutan, sewa peralatan/komputer, kos bahan dan perkhidmatan lain yang diperlukan.
|