Selamat datang ke Blog Rasmi PUSPANITA NAHRIM.

Archive for 'Biro Kerohanian & Kebajikan Sosial'

Program Ceramah Kesihatan : Teknik pencegahan Penyakit Kronik (Kanser) Dan Penyakit 3 Serangkai.


Satu Program Ceramah Kesihatan telah diadakan di Mini Auditorium NAHRIM pada 6hb April 2011 (Rabu) yang dianjurkan oleh Biro Kerohanian dan Kebajikan Sosial, PUSPANITA NAHRIM yang bertajuk  Teknik pencegahan Penyakit Kronik (Kanser) Dan Penyakit 3 Serangkai.

Ceramah ini disampaikan oleh Doktor jemputan yang merupakan seorang bekas pesakit kanser ovari iaitu Dr. Siti Nor Bt Che Yahya yang telah pun bebas dari penyakit tersebut. Tujuan Program ini diadakan adalah bagi berkongsi  pengalaman Doktor itu sendiri , mendedahkan tanda-tanda awal Kanser Payudara, Teknik Pemeriksaan Sendiri Payudara, Mengenali Tanda Awal Kanser Rahim, Pencegahan dan Perawatan Kanser Payudara dan Kanser Rahim dan juga Penyakit 3 serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan jantung.

Program ini mendapat sambutan hangat dari warga NAHRIM yang dihadiri seramai 47 orang. Semasa awal program ini diadakan pemerikasaan Analisa Kesihatan Individu dilakukan kepada peserta bagi menerangkan keputusan tahap kesihatan seseorang itu. Dengan program ini banyak memberi kesedaran dan ilmu pengetahuan mengenai tahap kesihatan dan langkah pencegahan awal penyakit kronik kepada warga NAHRIM.

Antara gambar-gambar yang sempat dirakam:

ceramah kesihatan

Keterangan Gambar:

  1. Dua orang peserta menunjukkan boring saringan masing-masing
  2. Pembantu kepda penceramah mengambil maklumat peserta
  3. Seorang peserta lelaki sedang mencuba alat saringan kesihatan
  4. Semua kelihatan ceria
  5. Sebahagian peserta
  6. Pencermah sedang menyampaikan ucapannya
  7. Cuba jangan tak cuba
  8. Pengarah Pusat Kajian Pantai memberi cenderamata kepada penceramah

Posted on 24 August '11 by webmaster, under Biro Kerohanian & Kebajikan Sosial. No Comments.

PROGRAM LAWATAN KE PENJARA KAJANG

Tarikh: 27 April 2011
Masa: 9 pagi – 1 petang

Satu lawatan ke Penjara Wanita Kajang telah di anjurkan olah Biro Kerohanian, Kebajikan dan Sosial PUSPANITA NAHRIM pada 27 April 2011. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada ahli PUSPANITA berkenaan kehidupan sebenar di dalam penjara. Program ini juga diahrap dapat memberi kesedaran kepada ahli PUSPANITA tentang nilai kebebasan. Sebuah bas mini telah disewa sebagai pengangkutan untuk 30 orang ahli PUSPANITA dari NAHRIM ke Penjara Wanita Kajang. Lawatan ini telah membuka mata ahli lawatan tentang banyak perkara. Ahli PUSPANITA juga telah menderma baju bayi yang dikumpulkan daripada warga NAHRIM sebelum itu.

Gambar kenangan:

gambar kenangan lawatan ke penjara

Keterangan gambar:

(dari atas kanan)

  1. Baru sampai, senyum…
  2. Taklimat dari pihak penjara
  3. Kenangan bersama Pengerusi Puspanita dan Timbalan Pengarah Penjara
  4. Di Spa..(kat penjara pun ada spa tau)
  5. Spa lagi….urutan tapak kaki guna arus elektrik
  6. Posing……

Posted on 24 August '11 by webmaster, under Aktiviti 2011, Biro Kerohanian & Kebajikan Sosial. No Comments.

OhHAWA – Risalah PUSPANITA Cawangan NAHRIM

Bermula sesi 2009, PUSPANITA cawangan NAHRIM telah menerbitkan risalah yang mengandungi aktiviti-aktiviti, tips, info dan pelbagai maklumat lain untuk tatapan ahli. Terbitan ini diuruskan oleh Biro Kerohanian dan Kebajikan Sosial PUSPANITA Cawangan NAHRIM.

Sila klik untuk tatapan (”,)

ohHAWA Edisi 2009

ohHAWA Edisi 2010

Posted on 10 February '11 by aishah, under Biro Kerohanian & Kebajikan Sosial, OhHAWA - Risalah PUSPANITA Cawangan NAHRIM. 1 Comment.

Sambutan Hari Raya NAHRIM “Ole-Ole Aidilfitri”

Pada 21 September 2010, NAHRIM telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertemakan “Ole-Ole Aidilfitri”. Pada majlis tersebut, NAHRIM turut meraikan anak-anak yatim dengan memberi sumbangan duit raya dan hamper kepada 2 buah rumah anak yatim.

Biro Kerohanian dan Kebajikan Sosial PUSPANITA Cawangan NAHRIM telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan jemputan ini. 2 buah rumah anak yatim tersebut adalah Asrama Anak-Anak Yatim Darul Izzah, Bandar Baru Bangi dan Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong.

Posted on 10 February '11 by aishah, under Aktiviti 2010, Biro Kerohanian & Kebajikan Sosial. No Comments.

Majlis Amal dan Minum Petang – “Ladies Evening”

Buat julung-julung kalinya, PUSPANITA Cawangan NAHRIM telah menganjurkan satu program besar bertujuan untuk memberi sumbangan kepada pusat-pusat kebajikan yang terpilih di samping mengeratkan silaturrahim antara ahli PUSPANITA. Pada 25 Januari 2010, seramai 50 orang ahli PUSPANITA cawangan NAHRIM telah turut serta dalam majlis yang serba meriah di Hotel Marriott, Putrajaya. Bertemakan merah jambu dan ungu, kesemua tetamu mempergayakan pakaian terbaik masing-masing bagi memikat juri untuk dipilih sebagai ‘Best Dress’ pada petang itu.

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan NAHRIM, Puan Norhayati binti Ali dengan mengalu-alukan kehadiran pemberi-pemberi sumbangan yang terdiri daripada pembekal dan syarikat-syarikat swasta. Sumbangan telah diberikan kepada tiga  (3) buah pusat kebajikan iaitu; i) Pertubuhan Anak-Anak Yatim Selangor (Rumah BAKTI); ii) Persatuan Pemulihan Orang-Orang Cacat Selangor dan Wilayah Persekutuan; dan iii) Pusat Jagaan Perlindungan PERNIM.

Majlis pada petang tersebut turut diserikan dengan persembahan daripada kumpulan tarian NAHRIM yang dibimbing oleh Ketua Biro Kesenian dan Kebudayaan PUSPANITA Cawangan NAHRIM. Turut membuat persembahan adalah pengerusi PUSPANITA Cawangan NAHRIM dan ahli-ahli yang lain.

Majlis sebegini diharap dapat dijalankan pada masa akan datang.

Posted on 10 February '11 by aishah, under Aktiviti 2010, Biro Kerohanian & Kebajikan Sosial. No Comments.