Selamat datang ke Blog Rasmi PUSPANITA NAHRIM.

Sukaneka NRE

mandi manda

Tarikh : 18, 19 dan 20 Ogos 2010

Tempat : Taman Negara, Merapoh, Pahang Darul Makmur

Anjuran : PUSPANITA PERHILITAN dengan kerjasama PUSPANITA NAHRIM

Pada 18, 19 dan 20 Ogos 2010 PUSPANITA PERHILITAN dengan kerjasama PUSPANITA NAHRIM telah mengadakan Sukaneka peringkat NRE yang melibatkan seramai lebih kurang 80 peserta dari Bahagian/Jabatan dan Agensi di bawah NRE.  Peserta telah bertolak ke Taman Negera, Merapoh pada 18 Ogos 2010.

Pengisian program dimulakan pada 18 Ogos 2010 sebelah malam dengan sesi penerangan kepada para peserta oleh PERHILITAN dan NAHRIM.  Pada 19 Ogos 2010 telah diadakan sukaneka, sebanyak 8 jenis sukaneka diadakan dan dibahagikan kepada sukaneka peserta, urusetia dan VIP.  Pada sebelah petang, peserta dibawa ke kawasan jeram untuk mandi dan memberi makan ikan kelah.

Pada sebelah malam, telah diadakan majlis makan malam untuk para peserta dan diadakan juga lawatan night safari kepada yang berminat.  Pada 20 Ogos 2010 semua peserta bertolak balik.

Gambar-gambar menarik sekitar program:

Laporan Lengkap: http://www.nahrim.gov.my/puspanita/biro-sukan-rekreasi/sukaneka-di-taman-negara-merapoh

Posted on 20 August '10 by webmaster, under Aktiviti 2010, Biro Sukan & Rekreasi, NRE.