Bermula sesi 2009, PUSPANITA cawangan NAHRIM telah menerbitkan risalah yang mengandungi aktiviti-aktiviti, tips, info dan pelbagai maklumat lain untuk tatapan ahli. Terbitan ini diuruskan oleh Biro Kerohanian dan Kebajikan Sosial PUSPANITA Cawangan NAHRIM.
Sila klik untuk tatapan (”,)
ohHAWA Edisi 2009
ohHAWA Edisi 2010
Pada 21 September 2010, NAHRIM telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertemakan “Ole-Ole Aidilfitri”. Pada majlis tersebut, NAHRIM turut meraikan anak-anak yatim dengan memberi sumbangan duit raya dan hamper kepada 2 buah rumah anak yatim.
Biro Kerohanian dan Kebajikan Sosial PUSPANITA Cawangan NAHRIM telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan jemputan ini. 2 buah rumah anak yatim tersebut adalah Asrama Anak-Anak Yatim Darul Izzah, Bandar Baru Bangi dan Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong.

Buat julung-julung kalinya, PUSPANITA Cawangan NAHRIM telah menganjurkan satu program besar bertujuan untuk memberi sumbangan kepada pusat-pusat kebajikan yang terpilih di samping mengeratkan silaturrahim antara ahli PUSPANITA. Pada 25 Januari 2010, seramai 50 orang ahli PUSPANITA cawangan NAHRIM telah turut serta dalam majlis yang serba meriah di Hotel Marriott, Putrajaya. Bertemakan merah jambu dan ungu, kesemua tetamu mempergayakan pakaian terbaik masing-masing bagi memikat juri untuk dipilih sebagai ‘Best Dress’ pada petang itu.
Majlis dirasmikan oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan NAHRIM, Puan Norhayati binti Ali dengan mengalu-alukan kehadiran pemberi-pemberi sumbangan yang terdiri daripada pembekal dan syarikat-syarikat swasta. Sumbangan telah diberikan kepada tiga (3) buah pusat kebajikan iaitu; i) Pertubuhan Anak-Anak Yatim Selangor (Rumah BAKTI); ii) Persatuan Pemulihan Orang-Orang Cacat Selangor dan Wilayah Persekutuan; dan iii) Pusat Jagaan Perlindungan PERNIM.
Majlis pada petang tersebut turut diserikan dengan persembahan daripada kumpulan tarian NAHRIM yang dibimbing oleh Ketua Biro Kesenian dan Kebudayaan PUSPANITA Cawangan NAHRIM. Turut membuat persembahan adalah pengerusi PUSPANITA Cawangan NAHRIM dan ahli-ahli yang lain.
Majlis sebegini diharap dapat dijalankan pada masa akan datang.


