Selamat datang ke Blog Rasmi PUSPANITA NAHRIM.

Archive by Author

« 1 2

Sukaneka di Taman Negara, Merapoh

LAPORAN BIRO SUKAN PUSPANITA NRE (NAHRIM)

AKTIVITI: KEMBARA ALAM SIRI 2/2010

SUKANEKA DI TAMAN NEGARA, MERAPOH

18 – 20 JUN 2010

Hari Sukaneka PUSPANITA NRE merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara semua agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.  Penganjuran Sukaneka ini juga merupakan salah satu wadah untuk  menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara pegawai/kakitangan wanita dan isteri-isteri pegawai/kakitangan disemua peringkat samada  pengurusan atau  kakitangan sokongan.  Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Hari Sukaneka ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara warga PUSPANITA di bawah NRE. Antara pengisian dalam Hari Sukaneka ini meliputi aspek kebudayaan, kerohanian dan sukan.

Adalah menjadi harapan agar sambutan Hari Sukaneka kali ini akan lebih meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya yang telah ditetapkan seperti berikut:

i.                        Memberikan ruang kepada ahli-ahli PUSPANITA untuk  melakukan aktiviti       bersama dalam pengisian masa yang terluang.

ii.                        Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan agensi PUSPANITA di bawah NRE.

iii.                        Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

iv.                        Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan ahli PUSPANITA sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.

Program tersebut yang telah diadakan pada 18 Jun 2010 hingga 20hb Jun  2010 iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad bertempat di Taman Negara Merapoh, Pahang.  Semua peserta bertolak dari Kuala Lumpur pada 18 Jun 2010.  Teraju utama adalah PERHILITAN dan dibantu oleh NAHRIM untuk menjadi urusetia bersama bagi menjayakan program tersebut.  Selain itu juga, semua ahli daripada Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah PUSPANITA NRE terlibat sama dalam menjayakan sukaneka yang dijalankan.  Peserta yang menyertai adalah 6 VVIP, 78 Ahli dan 16 Pemandu daripada Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah NRE.

Dalam Sukaneka yang telah diadakan pada 19 Jun 2010 dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu, Kreatif, Inovatif, Proaktif dan Cemerlang dan sukaneka untuk peserta ialah isi air dalam botol, terompah gergasi, bola di dahi, lompat kepit bola, lari dengan tempurung tali, bawa bola ping pong dengan chopstik dan tarik tali.  Bagi VVIP pula ialah boling padang dan baling gelung rotan.  Urusetia juga terlibat dengan sukaneka iaitu gelek gelung rotan dan lari ikat kaki.

Selain itu, teka kacang dalam balang juga diadakan yang mana ia terbuka kepada semua dengan mengenakan bayaran RM1.00 untuk satu borang.  Teka kacang dalam balang telah mengumpul dana sebanyak RM153.00 dan sumbangan tersebut dimasukkan ke Tabung PUSPANITA NRE.  Pada petang selepas sukaneka, telah dibuat lawatan ke Jeram memberi makan ikan kelah.  Pada malam pula telah diadakan makan malam barbekue dan lawatan “night safari” di kawasan sekitar Taman Negara, Merapoh.  Pada 20 Jun 2020 selepas sarapan pagi, semua peserta telah bertolak balik ke Kuala Lumpur.

Secara keseluruhan program sukaneka ini yang bertemakan “Fizikal Cergas, Minda Cerdas, Hari Sukaneka PUSPANITA NRE ini sedikit sebanyak menepati tema dan objektif yang telah ditetapkan.  Dengan terlaksananya program ini diharapkan hubungan silaturrahim dan muhibbah di kalangan sesama ahli PUSPANITA NRE dapat diwujudkan dan memantapkan lagi persefahaman dan semangat kerja berpasukan dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja dan kehidupan.


Posted on 28 June '10 by webmaster, under Biro Sukan & Rekreasi, NRE. No Comments.

Jualan sempena Mesyuarat Agong Puspanita Kebangsaan

Tarikh             :           6 Mei 2010

Tempat           :           PUSPANITAPURI, Presint 5, Putrajaya

Anjuran          :           PUSPANITA Kebangsaan

Pada 6 Mei 2010 Puspanita Kebangsaan telah mengadakan jualan bersempena dengan Mesyuarat Agong Kebangsaan. Puspanita NAHRIM telah diberi peluang untuk membuka gerai untuk jualan ikan laga dan pokok hiasan. Jualan ini adalah hasil kerjasama bersama Biro Kebajikan Puspanita NAHRIM.

Posted on 7 May '10 by webmaster, under Aktiviti 2010, Biro Ekonomi. No Comments.

Pertandingan Bowling NAHRIM

Tarikh : Mac 2010

Tempat : The Mines, Balakong, Selangor Darul Ehsan

Anjuran : PUSPANITA NAHRIM

Pada bulan Mac 2010, Biro Sukan dan Rekreasi telah mengadakan pertandingan bowling peringkat NAHRIM.  Peserta terdiri daripada Ahli PUSPANITA NAHRIM yang bertujuan untuk melihat kutipan mata bagi peserta.  Peserta yang mendapat kutipan mata tertinggi akan dihantar nama ke Kementerian bagi menyertai pertandingan bowling peringkat Puspanita NRE.  Berikut adalah senarai pemenang pada pertandingan tersebut:

Pemenang Pertama:  Pn. Aini Farida binti Omar (Ahli PUSPANITA NAHRIM)

Pemenang Kedua:  Pn. Norhayati binti Ali (Pengerusi PUSPANITA NAHRIM)

Pemenang Ketiga:   Cik Nurul Ain binti Abdul Halip (Ahli PUSPANITA NAHRIM)

Posted on 28 March '10 by webmaster, under Aktiviti 2010, Biro Sukan & Rekreasi. No Comments.

Jualan sempena Mesyuarat Agong Puspanita NRE

Tarikh             :           22 Mac 2010

Tempat           :           Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Anjuran          :           Puspanita NRE

ikan laga

Pada 22 Mac 2010 yang lalu, Biro Ekonomi telah membuka gerai jualan sempena Mesyuarat Agong Puspanita NRE di Wisma Sumber Asli. Antara bahan jualan adalah pokok hiasan, ikan laga dan alas meja. Selain jualan, turut diadakan Pertandingan Gerai Tercantik di antara semua gerai yang dibuka. Puspanita NAHRIM telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan ini.

(more…)

Posted on 23 March '10 by webmaster, under Aktiviti 2010, Biro Ekonomi. 1 Comment.

Ladies Evening NAHRIM 2010

Tarikh : 21 Januari 2010

Tempat : JW Marriot, Putrajaya.

Anjuran : Puspanita NAHRIM

Pada 21 Januari 2010 yang lalu, Biro Kesenian dan Kebudayaan  telah mempersembahkan Tarian Joget Pahang untuk acara pada petang itu. Para penari terdiri daripada ahli – ahli PUSPANITA NAHRIM. Biro Kesenian dan Kebudayaan telah melantik Puan Wan Izar Haizan selaku  koreografer.  Kumpulan tarian ini telah mempersembahkan tarian mereka dengan jayanya.

Penyampaian cenderahati

Posted on 29 January '10 by webmaster, under Aktiviti 2010, Biro Kesenian & Kebudayaan. No Comments.

« 1 2