Selamat datang ke Blog Rasmi PUSPANITA NAHRIM.

1 2 »

Selamat Datang


Kemaskini pada 12 January '11 oleh webmaster, dalam kategori Berita. Tiada Komen.

Program Ceramah Kesihatan : Teknik pencegahan Penyakit Kronik (Kanser) Dan Penyakit 3 Serangkai.


Satu Program Ceramah Kesihatan telah diadakan di Mini Auditorium NAHRIM pada 6hb April 2011 (Rabu) yang dianjurkan oleh Biro Kerohanian dan Kebajikan Sosial, PUSPANITA NAHRIM yang bertajuk  Teknik pencegahan Penyakit Kronik (Kanser) Dan Penyakit 3 Serangkai.

Ceramah ini disampaikan oleh Doktor jemputan yang merupakan seorang bekas pesakit kanser ovari iaitu Dr. Siti Nor Bt Che Yahya yang telah pun bebas dari penyakit tersebut. Tujuan Program ini diadakan adalah bagi berkongsi  pengalaman Doktor itu sendiri , mendedahkan tanda-tanda awal Kanser Payudara, Teknik Pemeriksaan Sendiri Payudara, Mengenali Tanda Awal Kanser Rahim, Pencegahan dan Perawatan Kanser Payudara dan Kanser Rahim dan juga Penyakit 3 serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan jantung.

Program ini mendapat sambutan hangat dari warga NAHRIM yang dihadiri seramai 47 orang. Semasa awal program ini diadakan pemerikasaan Analisa Kesihatan Individu dilakukan kepada peserta bagi menerangkan keputusan tahap kesihatan seseorang itu. Dengan program ini banyak memberi kesedaran dan ilmu pengetahuan mengenai tahap kesihatan dan langkah pencegahan awal penyakit kronik kepada warga NAHRIM.

Antara gambar-gambar yang sempat dirakam:

ceramah kesihatan

Keterangan Gambar:

  1. Dua orang peserta menunjukkan boring saringan masing-masing
  2. Pembantu kepda penceramah mengambil maklumat peserta
  3. Seorang peserta lelaki sedang mencuba alat saringan kesihatan
  4. Semua kelihatan ceria
  5. Sebahagian peserta
  6. Pencermah sedang menyampaikan ucapannya
  7. Cuba jangan tak cuba
  8. Pengarah Pusat Kajian Pantai memberi cenderamata kepada penceramah

Kemaskini pada 24 August '11 oleh webmaster, dalam kategori Biro Kerohanian & Kebajikan Sosial. Tiada Komen.

PROGRAM LAWATAN KE PENJARA KAJANG

Tarikh: 27 April 2011
Masa: 9 pagi – 1 petang

Satu lawatan ke Penjara Wanita Kajang telah di anjurkan olah Biro Kerohanian, Kebajikan dan Sosial PUSPANITA NAHRIM pada 27 April 2011. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada ahli PUSPANITA berkenaan kehidupan sebenar di dalam penjara. Program ini juga diahrap dapat memberi kesedaran kepada ahli PUSPANITA tentang nilai kebebasan. Sebuah bas mini telah disewa sebagai pengangkutan untuk 30 orang ahli PUSPANITA dari NAHRIM ke Penjara Wanita Kajang. Lawatan ini telah membuka mata ahli lawatan tentang banyak perkara. Ahli PUSPANITA juga telah menderma baju bayi yang dikumpulkan daripada warga NAHRIM sebelum itu.

Gambar kenangan:

gambar kenangan lawatan ke penjara

Keterangan gambar:

(dari atas kanan)

  1. Baru sampai, senyum…
  2. Taklimat dari pihak penjara
  3. Kenangan bersama Pengerusi Puspanita dan Timbalan Pengarah Penjara
  4. Di Spa..(kat penjara pun ada spa tau)
  5. Spa lagi….urutan tapak kaki guna arus elektrik
  6. Posing……

Kemaskini pada 24 August '11 oleh webmaster, dalam kategori Aktiviti 2011, Biro Kerohanian & Kebajikan Sosial. Tiada Komen.

OhHAWA – Risalah PUSPANITA Cawangan NAHRIM

Bermula sesi 2009, PUSPANITA cawangan NAHRIM telah menerbitkan risalah yang mengandungi aktiviti-aktiviti, tips, info dan pelbagai maklumat lain untuk tatapan ahli. Terbitan ini diuruskan oleh Biro Kerohanian dan Kebajikan Sosial PUSPANITA Cawangan NAHRIM.

Sila klik untuk tatapan (”,)

ohHAWA Edisi 2009

ohHAWA Edisi 2010

Kemaskini pada 10 February '11 oleh aishah, dalam kategori Biro Kerohanian & Kebajikan Sosial, OhHAWA - Risalah PUSPANITA Cawangan NAHRIM. 1 Komen.

Sambutan Hari Raya NAHRIM “Ole-Ole Aidilfitri”

Pada 21 September 2010, NAHRIM telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertemakan “Ole-Ole Aidilfitri”. Pada majlis tersebut, NAHRIM turut meraikan anak-anak yatim dengan memberi sumbangan duit raya dan hamper kepada 2 buah rumah anak yatim.

Biro Kerohanian dan Kebajikan Sosial PUSPANITA Cawangan NAHRIM telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan jemputan ini. 2 buah rumah anak yatim tersebut adalah Asrama Anak-Anak Yatim Darul Izzah, Bandar Baru Bangi dan Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong.

Kemaskini pada 10 February '11 oleh aishah, dalam kategori Aktiviti 2010, Biro Kerohanian & Kebajikan Sosial. Tiada Komen.

Majlis Amal dan Minum Petang – “Ladies Evening”

Buat julung-julung kalinya, PUSPANITA Cawangan NAHRIM telah menganjurkan satu program besar bertujuan untuk memberi sumbangan kepada pusat-pusat kebajikan yang terpilih di samping mengeratkan silaturrahim antara ahli PUSPANITA. Pada 25 Januari 2010, seramai 50 orang ahli PUSPANITA cawangan NAHRIM telah turut serta dalam majlis yang serba meriah di Hotel Marriott, Putrajaya. Bertemakan merah jambu dan ungu, kesemua tetamu mempergayakan pakaian terbaik masing-masing bagi memikat juri untuk dipilih sebagai ‘Best Dress’ pada petang itu.

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan NAHRIM, Puan Norhayati binti Ali dengan mengalu-alukan kehadiran pemberi-pemberi sumbangan yang terdiri daripada pembekal dan syarikat-syarikat swasta. Sumbangan telah diberikan kepada tiga  (3) buah pusat kebajikan iaitu; i) Pertubuhan Anak-Anak Yatim Selangor (Rumah BAKTI); ii) Persatuan Pemulihan Orang-Orang Cacat Selangor dan Wilayah Persekutuan; dan iii) Pusat Jagaan Perlindungan PERNIM.

Majlis pada petang tersebut turut diserikan dengan persembahan daripada kumpulan tarian NAHRIM yang dibimbing oleh Ketua Biro Kesenian dan Kebudayaan PUSPANITA Cawangan NAHRIM. Turut membuat persembahan adalah pengerusi PUSPANITA Cawangan NAHRIM dan ahli-ahli yang lain.

Majlis sebegini diharap dapat dijalankan pada masa akan datang.

Kemaskini pada 10 February '11 oleh aishah, dalam kategori Aktiviti 2010, Biro Kerohanian & Kebajikan Sosial. Tiada Komen.

Ringkasan Aktiviti PUSPANITA NAHRIM Sepanjang 2010

BIL


AKTIVITI TARIKH TEMPAT TINDAKAN
1.


Majlis Minum Petang Amal (Ladies Evening 25 Januari 2010 Hotel Marriott, Putrajaya Semua ahli PUSPANITA NAHRIM
2.


Jualan Sempena Mesyuarat Agong Puspanita NRE dan Menyertai Pertandingan Gerai Tercantik (Tempat Kedua) 22 Mac 2010 Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar Biro Ekonomi
3.


Kejohanan Futsal Wanita Jemputan FRIM 2010 27&28 Mac 2010 FRIM, Kepong Biro Sukan & Rekreasi
4.


Jualan Sempena Mesyuarat Agong PUSPANITA Kebangsaan 6 Mei 2010 PUSPANITAPURI, Presint 5, Putrajaya Biro Ekonomi
5.


Jualan PUSPANITA di Lobi NAHRIM Sepanjang masa Lobi NAHRIM Biro Ekonomi
6.


Membekal Makanan Bagi Mesyuarat di NAHRIM Sepanjang masa NAHRIM Biro Ekonomi
7.


Menyertai Pertandingan Poco-poco Terbuka FRIM 2010 23 April 2010 FRIM, Kepong Biro Kebudayaan & Kesenian
8.


Majlis Sumbangan Mangsa Banjir, Pensiangan, Sabah anjuran PUSPANITA NRE 27 Mei 2010 Bilik Timbalan Menteri Pengerusi PUSPANITA
9.


Urusetia Sukaneka PUSPANITA Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Di Taman Negara, Pahang 19 Jun 2010 Taman Negara, Merapoh, Pahang Biro Sukan & Rekreasi dan Semua AJK
10.


Bengkel Hiasan Cupcake Anjuran PUSPANITA NRE 25 Jun 2010 NRE 2 Wakil ahli PUSPANITA:

  1. Puan Nura Yakub.
  2. Cik Harlina Abdul Hamid
11. Lawatan dan Kunjungan YBhg Puan Sri Wan Noorlina Binti Wan Hussin, YDP Serta AJK Majlis Tertinggi PUSPANITA Kebangsaan Ke PUSPANITA NRE di FRIM Kepong. 13 Julai 2010 FRIM, KEPONG Diwakili oleh YBhg. Ketua Pengarah NAHRIM, Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban
12. Forum Halal dan Hak Anda anjuran PUSPANITA JPS 22 Julai 2010 JPS Ampang
13. Lawatan Berpandu Sempena Promosi Kerja Kahwin 2010 anjuran Kraftangan Malaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi & kebudayaan (KPKK) 30 Julai 2010 Kompleks Kraf Kuala Lumpur Biro Kesenian & Kebudayaan
14. Sukaneka NRE di Merapoh, Pahang(Program Kembara Alam Siri II) 18-20 Ogos 2010 Taman Negara, Merapoh, Pahang Biro Sukan & Rekreasi (NAHRIM) / Biro Sukan NRE(NAHRIM)
15. Majlis Berbuka Puasa NRE 25 Ogos 2010 Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli
16. Meraikan Anak-Anak Yatim sempena Sambutan Aidilfitri NAHRIM 21 September 2010 NAHRIM, Seri Kembangan
17. Lawatan ke JUPEM Sempena Sambutan Ulang Tahun 125 Tahun JUPEM 15 Oktober 2010 JUPEM, Kuala Lumpur Biro Kebajikan, Sosial dan Kerohanian
18. Lawatan Sambil Belajar ke Kompleks Karangkraf Sdn. Bhd. di Shah Alam, Selangor 4 November 2010 Kompleks Karangkraf Sdn. Bhd. Shah Alam NAHRIM telah menghantar seramai 6 orang wakil.
19. Risalah PUSPANITA NAHRIM 2010
20. Blog PUSPANITA NAHRIM

Kemaskini pada 26 January '11 oleh webmaster, dalam kategori Aktiviti 2010, Biro Ekonomi, Biro Kesenian & Kebudayaan, Biro Sukan & Rekreasi. Tiada Komen.

Pengumuman: Mesyuarat Agong Puspanita NAHRIM Kali ke 3

Sukacitanya dimaklumkan bahawa satu Mesyuarat Agong PUSPANITA NAHRIM kali ke-3 akan diadakan seperti butiran di bawah : -

Tarikh                   : 28 Januari 2011 (JUMAAT)

Masa                     : 9:30 Pagi

Tempat                : Mini Auditorium NAHRIM

Semua ahli PUSPANITA dijemput memeriahkan majlis. Makanan dan door gift akan disediakan.

Kemaskini pada 26 January '11 oleh webmaster, dalam kategori Mesyuarat. Tiada Komen.

Mesyuarat Induk Puspanita NRE Bil 1/2011

Mesyuarat Induk PUSPANITA NRE Bil 1/2011 telah diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh            :           13 Januari 2011 (Khamis)

Masa              :           2.15 ptg.  -  4.30 ptg.

Tempat          :           Bilik Mesyuarat Amber, Aras 5, Wisma Sumber Asli

No. 25, Persiaran Perdana

Presint 4, Putrajaya

Agenda Mesyuarat:

2 15 petang       Ketibaan (Tempat menunggu di ruang Perpustakaan NRE. Aras G. Wisma Sumber Asli)
2.30 petang      Sesi Bergambar di Lobby NRE, Aras G
3.00 petang     1. Ucapan aluan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 5/2010
3. Perkara-perkara berbangkit
3.1     Pembentangan laporan aktiviti Biro / Jabatan / Agensi
3.2     Laporan kewangan
3.3     Laporan harta / aset PUSPANITA Cawangan NRE
4. Cadangan program / aktiviti tahun 2011.
5. Hal-hal lain.
6. Penutup.
4.30 petang    Bersurai.

Kemaskini pada 14 January '11 oleh webmaster, dalam kategori Aktiviti 2011, Mesyuarat, NRE. Tiada Komen.

Membekal makanan mesyuarat di NAHRIM

Tarikh             :           Sepanjang masa mengikut permintaan

Tempat           :           NAHRIM

Biro Ekonomi telah membekal makanan untuk mesyuarat-mesyuarat dalaman di NAHRIM. Melalui aktiviti ini, Biro Ekonomi telah dapat menjana duit untuk Tabung Puspanita NAHRIM. Aktiviti ini telah berjalan sejak dari Januari 2010 sehingga November 2010.

Kemaskini pada 31 December '10 oleh webmaster, dalam kategori Aktiviti 2010, Biro Ekonomi. Tiada Komen.

1 2 »