PROJEK PENINGKATAN KUALITI AIR TASIK TAMAN BOTANI PERDANA
oleh: Syazrin Syima Sharifuddin, Ir Lee Hin Lee, Mohammad Azroie Mohamed Yusoff
Taman Tasik Perdana kini dikenali sebagai Taman Botani Perdana dalam satu majlis yang telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada 28 Jun 2011. Ini adalah sebahagian daripada program untuk menjadikan taman tasik yang berusia 122 tahun sebagai bertaraf dunia.Taman Tasik Botani Perdana terletak di sebelah kiri Jalan Sultan Salahuddin menuju ke bangunan Parlimen Malaysia. Tasik ini merupakan sebuah bekas lombong bijih timah pada zaman penjajahan British. Ketika itu lombong ini diusahakan pelombong bijih timah menggunakan lombong palung. Setelah jumlah bijih timah berkurangan, lombong ini tinggal terbiar dan dimajukan sebagai sebuah tasik rekreasi. Kawasan sekitarnya telah dijaga dengan rapi dengan menanam pelbagai spesis pokok hiasan.
Tasik Taman Botani Perdana
Pergerakan air adalah statik namun terdapat beberapa saluran overflow yang mengalir terus ke longkang besar. Masalah utama yang dihadapi di tasik ini ialah eutrofikasi yang berpunca dari lebihan nutrien dan bahan organik dalam jasad air. Ia merupakan diantara penyebab utama berlakunya pertumbuhan alga (algae blooming). Air yang kehijauan pada tasik adalah disebabkan kehadiran pigmen klorofil-a pada alga di dalam jumlah yang banyak.
Projek ini telah berjaya meningkatkan kualiti air daripada Kelas IV kepada Kelas II dengan menggunakan kaedah mesra biologi berasaskan teknologi hijau iaitu gabungan Keladi bunting (Eichhornia crassipes), ikan Puyu (Anabas testudineus), ikan Kap kepala besar (Hypophthalmichthys nobilis), teknologi bioflokulasi serta mikroorganisma berkesan. Turbidity curtain turut digunakan sebagai kawalan surface runoff manakala bubble aerator sebagai tujuan pengudaraan. Kelas II menunjukkan air tersebut adalah sesuai untuk aktiviti riadah dan rekreasi. Selain itu, bacaan klorofil-a yang pada masa itu tinggi dan menyebabkan eutrofikasi kepada tasik juga menurun dari 30-40ug/L kepada <20ug/L. Secara visual, air tasik menampakkan kejernihan yang konsisten.
Rawatan Integrasi Peningkatan Kualiti Air Tasik Botani Perdana
Gambar berkaitan aktiviti sepanjang projek peningkatan kualiti air dijalankan
SEBELUM RAWATAN
|
SELEPAS RAWATAN |
Air kehijauan memberi indikator klorofil-a yang tinggi dan eutrofikasi. |
Kura-kura jelas kelihatan dari permukaan air tasik. |
Fizikal air keruh. |
Air tasik menjadi bersih dan jernih. |
Air keruh memberi indikator bacaan turbidity tinggi. |
Parrot Fish jelas kelihatan di dalam tasik. |