red green blue contrast reset

facebook instagram flickr youtube twitter rss

perutusan bm produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Program ramalan banjir beri amaran 2 hari lebih awal, kata menteri. 21 Januari 2016.

on . Posted in Keratan Akhbar 2015

 

banjirNAHRIM2016

Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) yang sedang dibangunkan mampu memberikan ramalan tepat 2 hari sebelum berlakunya banjir berbanding 6 jam sekarang, apabila ia beroperasi sepenuhnya pada 2018.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata menerusi sistem ramalan bersepadu itu, data yang diperoleh akan disalurkan kepada agensi pelaksana seperti Jabatan Pertahanan Awam 2 hari sebelum bencana itu diramal berlaku.

"Ini membolehkan mereka merancang dan mengurus operasi pemindahan penduduk terlibat lebih awal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) di Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya selain JPS, pembangunan sistem integrasi ramalan banjir yang bernilai RM133.5 juta itu turut melibatkan agensi lain seperti Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan (Nahrim).

Dalam hal lain, Wan Junaidi menyarankan kepada pemaju dan perancang bandar supaya mengambil kira isu kenaikan paras air laut dalam pembangunan projek mereka, khasnya bagi projek di tepian pantai dan muara sungai.

Katanya ini amat perlu memandangkan dunia kini semakin menghadapi masalah pemanasan global yang menyebabkan paras air laut meningkat dan kemungkinan kejadian banjir yang lebih kerap.

"Agensi seperti JPS dan Nahrim menjalankan kajian dan ramalan terhadap perkara ini, dan ramalan yang dibuat adalah 50 hingga 60 tahun ke depan.

"Jadi saya berharap pemaju dan perancang bandar akan mengambil kira aspek ini dan mendapatkan maklumat daripada agensi seperti Nahrim kerana kita tidak mahu melihat kawasan-kawasan tersebut menghadapi masalah banjir kemudian," katanya.

Wan Junaidi berkata beliau juga akan mengemukakan cadangan ini kepada kerajaan negeri untuk dipertimbangkan. – Bernama, 21 Januari, 2016.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/program-ramalan-banjir-beri-amaran-2-hari-lebih-awal-kata-menteri

  • 1malaysiaapwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • nrejasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun