red green blue contrast reset

facebook instagram flickr youtube twitter rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Persidangan Geosmart Asia 2017. 22-24 Ogos 2017.

on . Posted in Arkib Berita 2017

 

      Pada 22 hingga 24 Ogos 2017, telah berlangsungnya persidangan Geosmart Asia 2017 (yang dahulu dikenali sebagai Map Asia and Asia Geospatial Forum) untuk kali ke-16 di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya. Skop persidangan yang bertaraf antarabangsa ini adalah untuk meningkatkan penggunaan dan aplikasi teknologi geospatial yang memfokus kepada komoditisasi, pengkomersialan dan pulangan pelaburan. Persidangan kali ini yang membawa tema “Commercialization & Comoditization of Geospatial Information” telah melibatkan sekurang-kurangnya 1200 orang delegasi dan 100 orang speaker daripada 25 buah negara.

     Seramai 16 orang wakil Pusat Kajian Sumber Air dan Perubahan Iklim NAHRIM serta seorang wakil Bahagian Pengurusan Korporat NAHRIM telah menyertai persidangan ini sebagai delegasi dan peserta pameran dengan tujuan untuk mendapat pendedahan dan mempelajari pelbagai aplikasi teknologi geospatial yang terkini. NAHRIM juga telah terlibat dalam pemeran di mana pelbagai produk penyelidikan telah dipamerkan seperti sistem N-HyDAA (NAHRIM Hydroclimate Data Analysis Accelerator) yang bertindak sebagai satu mekanisme penilaian risiko dan kejuruteraan yang dibangunkan menggunakan teknologi Big Data Analytics (BDA), beberapa siri Technical Guide melibatkan R&D Perubahan Iklim dan Sistem Penuaian Air Hujan. Seramai lebih 200 orang pengunjung yang terdiri daripada ahli professional, pegawai kerajaan, pelajar, pensyarah, ahli perniagaan telah melawat tapak pemeran NAHRIM dan berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut penyelidikan dan projek yang telah dijalankan oleh NAHRIM terutama berkaitan dengan teknologi geospatial.

     Kemuncak persidangan adalah Majlis Makan Malam Gala dan Anugerah pada 23 Ogos 2017 di mana dua anugerah telah dipersembahkan iaitu Asia Geospatial Excellence Awards dan Asia Geospatial Leadership Awards yang masing-masing melibatkan 11 dan 5 kategori. NAHRIM telah berjaya merangkul anugerah Asia Geospatial Excellence Awards untuk kategori Climate Adaptation (Adaptasi Iklim) bagi pencalonan projek N-HYDAA – MALAYSIA CLIMATE CHANGE KNOWLEDGE PORTAL yang membawa pulang hadiah trofi dan sijil. Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas diucapkan kepada NAHRIM di atas kemenangan ini.

goeasia1

goeasia2

goeasia3

  • 1malaysiaapwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • nrejasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun