red green blue contrast reset

facebook instagram flickr youtube twitter rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

PEMBENTANGAN LAPORAN AKHIR KAJIAN INTEGRATED LAKE BASIN MANAGEMENT PLAN (ILBMP) TASIK SEMBRONG, JOHOR.

on . Posted in Arkib Berita 2017

         12 September 2017, Mesyuarat pembentangan hasil kajian Integrasi Pengurusan Lembangan Tasik Sembrong Secara Lestari (ILBM) telah berjaya dibentangkan oleh NAHRIM yang diketuai oleh Ketua Pengarah, YBhg. Datuk Ir. Dr. Azuhan Mohamed. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Penolong Setiausaha Kanan UPEN Johor, Encik Mohd Ekmaluddin Ishak, bertempat di Bilik Gerakan UPEN, Johor. Sejumlah 12 buah agensi kerajaan telah menghadiri mesyuarat ini.

        Hasil kajian yang dilaksanakan oleh NAHRIM telah mengenalpasti lapan (8) cabaran utama dalam melaksanakan pengurusan tadahan lembangan Tasik Sembrong secara lestari. Antaranya adalah:

i. Tindakan segera diperlukan untuk mengurangkan bilangan populasi Cyanobacteria dan tumbuhan akuatik yang berleluasa dalam sumber air tasik, bagi memastikan sumber bekalan air minuman yang bersih dan sihat dibekalkan kepada pelanggan;

ii. Kawalan punca pencemaran dan hanya membenarkan aliran efluen terawat yang memenuhi piawaian kualiti air sahaja dibenar mengalir masuk ke dalam takungan tasik, ini kerana nutrien jasad air tasik sedia ada telah melebihi kapasiti penampungan tasik;

iii. Tahap kemerosotan kualiti air Tasik Sembrong yang serius memerlukan tindakan pemulihan dilaksanakan dengan kadar segera;

iv. Cabaran Tasik Sembrong sebagai kolam takungan banjir, di samping sumber bekalan air minuman domestik, bergabung dengan kesan pemanasan global telah menyebabkan sumber air Tasik Sembrong berada dalam keadaan terancam dari segi kualiti dan kuantiti sumber air tasik;

v. Kesan hakisan yang tinggi telah meningkatkan kadar pemendapan sedimen dan nutrien memasuki takungan air tasik, keadaan ini menyebabkan impak negatif kepada sumber air Tasik Sembrong;

vi. Peningkatan spesies ikan ‘invasive’ dalam tasik Sembrong telah mengganggu kestabilan sistem ekologi dalam tasik;

vii. Peluang peningkatan sosial ekonomi penduduk tempatan melalui pelbagai perkhidmatan rekreasi berlesen telah dikenal pasti melalui kajian ini;

viii. Rangka pengurusan Tadahan Tasik Sembrong antara pelbagai agensi kerajaan telah dikenal pasti dalam kajian ini.

        Mesyuarat diakhiri dengan cadangan supaya pihak UPEN Johor mendapat pertimbangan dan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor supaya operator dan pengurus Tasik Sembrong menggunapakai hasil kajian ini untuk meningkatkan jaminan fungsi Tasik Sembrong yang efektif sebagai kolam takungan banjir, disamping dapat memenuhi sumber bekalan air minuman yang bersih dan selamat kepada penduduk di sekitar Batu Pahat.

ILMBP1-1Ucapan aluan oleh Ketua Pengarah NAHRIM, YBhg. Datuk Ir. Dr. Azuhan Mohamed, Ketua Pengarah NAHRIM
sebelum pembentangan dimulakan.

ILMBP2
Pembentangan laporan akhir kajian ILBMP Tasik Sembrong disampaikan oleh Prof. Dr. Azmi Haris dari UTM.

ILMBP4
Dari kiri Ir. Dr. Lee Hin Lee (Pengarah PKKAAS), YBhg. Datuk Ir. Dr. Azuhan Mohamed (Ketua Pengarah NAHRIM)
dan En. Mohd Ekmaluddin Ishak (Penolong Setiausaha Kanan, UPEN Johor) semasa sesi pembentangan.

ILMBP5-4
Sebahagian dari wakil agensi kerajaan negeri yang turut hadir.

  • 1malaysiaapwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • nrejasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun