|
Written by ika
|
|
Rabu, 05 November 2008 22:45 |
| |
NAHRIM menawarkan perkhidmatan rundingan pakar dalam aspek perancangan projek dan
penilaian kesan impak di dalam semua aspek kejuruteraan hidraulik termasuklah kejuruteraan
sungai dan pantai, sumber air dan persekitaran air. Pelanggan utamanya adalah dari sektor
awam dan swasta yang terlibat dalam industri bidang air. |
| |
| Projek-projek perundingan yang sedang dijalankan: |
Projek: Kajian Tebatan Banjir Dan Saliran Bandar Kuala Berang - Aji
Status: Siap
Pelanggan: Jabatan Pengairan dan Saliran - Terengganu
Butiran Projek:
Menjalankan analisis hidrologi termasuk :
- Menyemak data hujan didalam dan disekitar kawasan kajian
- Menjana IDF terbaru di kawasan kajian serta membuat perbandingan dengan IDF dari MSMA
- Mewujudkan sub tadahan dalam kawasan kajian termasuk mengkategorikan gunatanah dan jenis tanah
- Menjalankan analisis "Rainfall - runoff"
- Menghasilkan hidrograf dari setiap sub tadahan sebagai input kepada model saliran
|
| |
Projek: Pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa II
Status: Siap
Pelanggan: Jabatan Kerja Raya Malaysia
Butiran Projek:
Menjalankan analisis hidrologi termasuk :
- Menyemak data hujan didalam dan disekitar kawasan kajian
- Menjalankan analisis "Rainfall - runoff"
- Membangunkan model hidrodinamik sistem sungai di kawasan projek
- Menjalankan analisis hidraulik bagi melihat kesan pembinaan lebuhraya kepada perlakuan banjir
- Mendapatkan nilai aras tertinggi banjir pada ulangan 100 tahun sebagai rujukan kepada rekabentuk jambatan dan lebuhraya
|
| |
Projek: Pembangunan Semula Prosidur Hidrologi No.1 (HP1) - Estimation Of Design Rainstorm In Peninsular Malaysia
Status: Sedang Berjalan
Pelanggan: Jabatan Pengairan dan Saliran
Butiran Projek:
Tujuan utama bagi mengkaji dan mengemaskini prosidur ini adalah untuk mengatasi isu-isu berikut:
- Memajukan lagi kejituan bagi ramalan kauntile terutamanya pada ulangan yang tinggi
- Memajukan ramalan hujan rekabentuk/ intensiti hujan berhubung dengan perubahan hujan dengan masa
- Memajukan ramalan hujan rekabentuk/ intensiti hujan berhubung dengan perubahan hujan dengan kedudukan
- Berkebolehan untuk menyokong Manual Saliran Mesra Alam Malaysia (MSMA) yang berkaitan dengan ramalan hujan rekabentuk untuk laluan kata ulangan yang rendah dan membekal perhubungan at-site IDF yang lebih banyak
- Berkebolehan untuk membekal ramalan hujan rekabentuk/ intensiti hujan dan perhubungan IDF di kawasan yang tidak ada ukuran
|
| |
| Projek penyelidikan terdahulu: |
- Penilaian Kesan Makro Alam Sekeliling Penambakan Pantai di Melaka dengan kerjasama KTA Tenaga Sdn Bhd untuk Kerajaan Negeri Melaka.
- Penilaian Kesan Makro Alam Sekeliling Penambakan Pantai di Kedah dengan kerjasama Institut Kejuruteraan Pantai dan Lepas Pantai Universiti Teknologi Malaysia(COEI) untuk Kerajaan Negeri Kedah.
- Kajian Rancangan Pembangunan Bersepadu Di Kawasan Tanah Gambut Persisiran Pantai di Sarawak dengan kerjasama Sime Darby Sdn Bhd untuk Kerajaan Negeri Sarawak.
- Penilaian Kesan Makro Alam Sekeliling Penambakan Pantai di Selangor dengan kerjasama Via Natura Sdn Bhd untuk Kerajaan Negeri Selangor.
- Garis Panduan Pengurusan Tasik Putrajaya dengan kerjasama KTA Tenaga Sdn Bhd untuk Perbadanan Putrajaya.
- Pembangunan Pelabuhan Perikanan di Sg. Tumbirat, Kuching, Sarawak untuk Lembaga Kemajuan Perikanan Malaysia (LKIM).
- Kajian Sumber Pasir Laut Negara di Selat Melaka untuk Kementerian Perusahaan Utama.
|
| |
|
|
Kemaskini terakhir ( Selasa, 25 November 2008 18:04 )
|