Laman Web Rasmi NAHRIM
s s s
s
s
Pilih saiz teks
Decrease font Enlarge font

s
s s s
s
s
s
Kongsi Di Facebook
 
Print E-mail
 
EntranceInstitut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia atau NAHRIM telah ditubuhkan pada bulan September 1995 di bawah Kementerian Pertanian. Mulai April 2004, NAHRIM telah diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. NAHRIM mempunyai keupayaan di dalam kedua-dua simulasi hidrodinamik fizikal dan numerik, kajian penyelidikan dan proses-proses morfologi dan ekologi serta interaksi mereka dengan aktiviti-aktiviti manusia.

BuildingNAHRIM telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi pusat kecemerlangan di dalam perkhidmatan perundingan dan penyelidikan kejuruteraan hidraulik bagi memenuhi keperluan kedua-dua sektor awam dan swasta.

NAHRIM menawarkan khidmat kepakaran di dalam perancangan projek, penilaian impak dan penyelidikan dalam semua aspek kejuruteraan hidraulik yang merangkumi kejuruteraan sungai, kejuruteraan pantai/pelabuhan, pembangunan sumber air serta kualiti air dan alam sekitar.

LabNAHRIM mempunyai rangkaian kerjasama pakar-pakar di dalam bidang-bidang berkaitan (tempatan dan asing) yang bersedia menawarkan perkhidmatan apabila diperlukan. Usaha penyelidikan dan pembangunan di NAHRIM disokong penuh oleh pembangunan produk, inisiatif-inisiatif pemasaran, teknologi maklumat dan kelengkapan peralatan terkini.
 
Kemaskini terakhir ( Khamis, 31 December 2009 15:28 )