Cetak

Seminar on National Research on Lakes and Water Quality. 8 Disember 2015

on . Posted in Arkib Aktiviti 2015

  Satu seminar peringkat kebangsaan bertajuk ‘Seminar on National Research on Lakes and Water Quality’ telah berlangsung dengan jayanya di mini auditorium NAHRIM pada 8 Disember 2015. Seminar setengah hari ini telah dianjurkan oleh Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar (PKKAAS) dan dihadiri oleh 44 orang peserta daripada pelbagai kementerian, jabatan, universiti dan pihak swasta. Seminar ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM).

  Objektif seminar ini adalah bertujuan untuk mewawarkan Blueprint for Lake Research in Malaysia sebagai hasil kepada bengkel penyediaan National Lake Research Blueprint melibatkan pelbagai pakar dari universiti dan pihak berkepentingan yang telah dianjurkan pada 21-22 April 2014. Seminar ini juga adalah bertujuan untuk berkongsikan hasil kajian di peringkat nasional iaitu National Lake Water Quality Criteria and Standards yang telah dibangunkan berdasarkan pelbagai siri konsultasi bersama pihak bekepentingan di sepanjang tahun 2015.

  Seminar ini telah dimulakan dengan sesi pembentangan ringkas oleh Ir. Lee Hin Lee, Pengarah PKKAAS berkenaan kajian-kajian yang dilaksanakan oleh pusat kajian. Ianya diikuti dengan pembentangan kertas bertajuk National Lake Research Blueprint yang juga disampaikan oleh pengarah PKKAAS. Seminar diteruskan dengan pembentangan oleh Dr. Zati Sharip, Ketua Unit Penyelidikan Tasik, PKKAAS bertajuk National Lake Water Quality Criteria and Standards. Kedua-dua sesi pembentangan Kertas Kajian Nasional ini diikuti dengan sesi soal-jawap bersama semua peserta yang hadir.

  Secara kesimpulan, seminar setengah hari ini telah berjaya berkongsi maklumat berkaitan kajian-kajian tasik peringkat kebangsaan yang dilaksanakan oleh NAHRIM merentasi pelbagai bidang kepakaran dan keperluan pelbagai pihak ke arah pengurusan tasik yang lestari. Perkongsian ilmu di Seminar ini diharapkan dapat menggalakkan pelaksanaan kajian-kajian dan tindakan yang bersesuaian dari semua pihak untuk memelihara sumber air tasik, empangan dan kawasan tadahan di Malaysia.

perasmianLake1Ucapan perasmian oleh YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban,
Ketua Pengarah NAHRIM

leelake
Pembentangan oleh Ir Lee Hin Lee, Pengarah PKKAAS.

zetilake
Pembentangan oleh Dr Zati Sharip, Ketua Unit Penyelidikan Tasik PKKAAS.

soaljawap1soaljawap2
Sesi soal jawab.

kumpulanlake
Sesi bergambar berkumpulan.