red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Seminar on Climate Change Vulnerability & Adaptation for Sustainable Water Resources in Research, Planning & Management.18 Ogos 2015.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2015

   Seminar on Climate Change Vulnerability & Adaptation for Sustainable Water Resources in Research, Planning & Management telah dianjurkan oleh Pusat Kajian Sumber Air dan Perubahan Iklim dengan jayanya pada 18 Ogos 2015 di Putrajaya Marriott Hotel. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Dr. Saim Suratman, Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM dan dihadiri oleh seramai 140 orang peserta yang terdiri daripada wakil pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), perunding kejuruteraan swasta serta universiti.

   Tujuan seminar yang dianjurkan ini adalah untuk mengetengahkan hasil penyelidikan kajian perubahan iklim dan sumber air. Seminar ini turut menekankan kepentingan penyelidikan dan pembangunan berkaitan perubahan iklim untuk merapatkan jurang antara sains dan kejuruteraan. Selain itu, seminar ini turut menjadi medan perbincangan teknikal, maklumbalas dan pandangan daripada peserta seminar dan pihak-pihak yang berkepentingan di dalam meningkatkan pemahaman kerentanan perubahan iklim pada peringkat kebangsaan dan tempatan. Seminar ini juga bertujuan untuk mengarus-perdanakan adaptasi perubahan iklim ke dalam perancangan dan pembangunan pengurusan sumber air yang lestari.

   Ir. Dr. Salmah Zakaria dalam ucaptamanya menggariskan keperluan menyeluruh untuk mengintegrasikan inisiatif setiap agensi dan kementerian untuk pengurusan lestari sumber air dalam menghadapi perubahan iklim. Kelestarian juga perlu dikaitkan dengan keperluan sosio-ekonomi untuk pembasmian kemiskinan. Beliau juga mencadangkan tindakan yang tidak hanya terhad kepada dasar dalam melaksanakan penyelesaian dengan mengurangkan skala projek ke peringkat tempatan..

   Dr. Gary W. Theseira, wakil Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dalam pembentangan beliau ‘Linking Adaptation Planning to Country Policy Process – A Malaysian Perspective' membuat kesimpulan bahawa pembangunan akan terjejas oleh perubahan iklim. Oleh itu, adaptasi perubahan iklim diperlukan untuk pelan pembangunan dan program sedia ada. Halangan utama adalah inersia (inertia) perancangan belanjawan. Walaubagaimanapun, pembangunan Pelan Adaptasi Negara (NAP) akan membantu mengenal pasti keperluan dan pihak berkepentingan yang berkaitan. Peningkatan kapasiti menyeluruh juga diperlukan untuk mengelakkan pendekatan yang tidak menyeluruh dalam pelaksanaan adaptasi.

   Prof. Deg-Hyo Bae dari Universiti Sejong menekankan kajian oleh Climate Change Adaptation for Water Resources (CCAW) Research Center mengenai adaptasi perubahan iklim yang memberi tumpuan kepada banjir, bekalan air, pengurusan kawasan tadahan air dan pembangunan sistem data. Salah satu penyelidikan yang utama melibatkan pembangunan hujan rekabentuk berdasarkan pemerhatian cuaca semasa yang tidak normal serta hasil unjuran masa depan. Hujan rekabentuk baru tersebut telah diguna pakai oleh beberapa pihak berkuasa di Korea Selatan..

   Di antara perkara yang ditimbulkan dalam seminar termasuklah pilihan GCM untuk digunakan dalam kajian perubahan iklim, ‘boundary condition’ untuk ‘dynamical downscaling’, kesan pasang-surut ke atas unjuran aliran di lembangan sungai yang mempunyai topografi yang rata, serta aplikasi kajian impak perubahan iklim. Selain daripada itu, soalan-soalan berkaitan hubungan antara ‘imperviousness’ dan populasi penduduk, serta model ‘artificial neural network’ turut dibincangkan.  

   Di samping itu, 71 buah buku NAHRIM Technical Guide No. 1 – Estimation of Future Design Rainstorm under the Climate Change Scenario in Peninsular Malaysia dan 66 buah buku NAHRIM Technical Guide No. 2 – The Design Guide for Rainwater Harvesting System telah diedarkan semasa seminar dijalankan.  

   Seminar berakhir pada 5.00pm dengan ucapan penutupan dari Dr Saim Suratman, Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM dan disusuli oleh minum petang.   

   Berikut adalah senarai kertas pembentangan yang telah dibuat pada seminar tersebut (boleh dimuat turun):

  • |Muat turun|Kertas ‘keynote’: Climate Change & Management for Sustainable Water Resources oleh Ir. Dr. Salmah Zakaria, Felo Academy of Science Malaysia (ASM), Pengerusi bagi Climate Change Adaptation Task Force
  • |Muat turun|Kertas 1: Extension of the Study of the Impact of Climate Change on the Hydrologic Regime and Water Resources of Peninsular Malaysia oleh Prof. M.L. Kavvas, UC Davis & NAHRIM
  • |Muat turun|Kertas 2: Assessment of Climate Change Impacts on Inland Flooding Vulnerability oleh Ir. Mohd Zaki Mat Amin, NAHRIM
  • |Muat turun|Kertas 3: Assessment of Climate Change Impacts on Crop Yield and Crop Water Productivity oleh Ir. Marini Mohamad Ideris, NAHRIM
  • |Muat turun|Kertas 4: Linking Adaptation Planning to Country Policy Process – A Malaysian Perspective oleh Dr. Gary W. Theseira, Bahagian Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (BPASPI), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)
  • |Muat turun|Kertas 5: Climate Change Adaptation on Water Resources in Korea – Current Status and Near Future Perspectives oleh Prof. Deg-Hyo Bae, Sejong University, Korea Selatan
  • |Muat turun|Kertas 6: Water Sustainability in Changing Climates Extremes in Malaysia oleh Hj. Juhaimi Jusoh, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
  • |Muat turun|Kertas 7: Regional Flood Inundation Nowcast Using Hybrid SOM and Dynamic Neural Networks oleh Prof Fi-John Chang, National Taiwan University, Taiwan
  • |Muat turun|Kertas 8: Water Resources Management in Selangor: Alternative Water Resources oleh Mr. Nor Zamri Sondor, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)  

saimmarriot
Ucapan perasmian oleh Dr. Saim Suratman, Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM.

salmahmarriot
Ucaptama oleh Ir. Dr. Salmah Zakaria, Felo Academy of Science Malaysia (ASM),
Pengerusi bagi Climate Change Adaptation Task Force.

kumpulanmarriot
Sesi bergambar berkumpulan.

seminarlangsungmarriot
Seminar sedang berlangsung di Marriott Putrajaya.

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun