red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Sambutan Majlis Perkhidmatan Cemerlang 2013 dan Majlis Hari Raya Aidilfitri 1435H Pada 13 Ogos 2014

on . Posted in Arkib Aktiviti 2014

      13 Ogos 2014 - NAHRIM telah mengadakan sambutan Majlis Perkhidmatan Cemerlang bagi penilaian tahun 2013 di Auditorium NAHRIM. Seramai 11 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 15 orang penerima Anugerah Penulisan Ilmiah. Anugerah Penulisan Ilmiah diperkenalkan bagi mengiktiraf usaha penulisan oleh penyelidik selaras dengan fungsi NAHRIM sebagai sebuah institut penyelidikan.
 
      Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohd Ali bin Mohamad Nor, Timbalan Ketua Setiausaha I (Sumber Asli), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).
 
      Selepas sambutan Majlis Perkhidmatan Cemerlang, tetamu dan seluruh warga NAHRIM dijamu dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1435h di lobi NAHRIM. Wakil-wakil daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta jabatan turut hadir memeriahkan majlis. Turut diraikan pegawai NAHRIM yang telah bersara dan akan bersara pada tahun 2014, pegawai yang bertukar jabatan, serta anak-anak yatim daripada Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha. Majlis dimeriahkan dengan acara pemberian cenderahati dan duit raya kepada anak-anak yatim, karaoke dan pertandingan menganyam ketupat.
 
APC2013 AZMANBM APC2013 SAIMENG
   
APC2013 SEMUAPENERIMABM
APC2013 BUKUPROGRAM
Buku program Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang penilaian 2013.
 
RAYA2014 ANAKYATIM
RAYA2014 KARAOKE
BERSARA2014
BAJUCANTIK2014

 

 

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun