red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Tangki NAHRIM

on . Posted in Produk

Pengenalan

Pengenalan

Tangki NAHRIM telah dibangunkan untuk pengiraan saiz optimal tangki penuaian air hujan di Malaysia.

Versi terkini, Tangki NAHRIM 2.0 boleh didapati sebagai aplikasi web yang boleh dicapai pada pautan: [Tangki NAHRIM 2.0]

TangkiNAHRIM main

Aplikasi web ini mengira kecekapan (penjimatan air) sistem penuaian air hujan mengikut saiz tangki. Berdasarkan input anda seperti jumlah hujan, luas bumbung, dan permintaan air harian anda, aplikasi web tersebut akan mengira kecekapan penjimatan dan penyimpanan air untuk pelbagai saiz tangki yang dipilih untuk perbandingan. Anda boleh melaraskan input-input untuk sistem penuaian air hujan tersebut dan membuat pilihan saiz berdasarkan penjimatan air yang dikehendaki.

Data hujan yang disertakan dalam aplikasi tersebut merangkumi seluruh Malaysia, yang boleh digunakan oleh semua rakyat Malaysia. Aplikasi ini juga boleh digunakan oleh pengguna dari seluruh dunia dengan menggunakan data hujan di kawasan masing-masing.

 

Penerbitan

 Penerbitan

Details on the methodology is published on Water Practice and Technology and can be cited as such:

Perincian metodologi telah diterbitkan di dalam Water Practice and Technology dan boleh dirujuk seperti berikut:

Goh, Y. C., & Ideris, M. (2020). Tangki NAHRIM 2.0: An R-based water balance model for rainwater harvesting tank sizing application. Water Practice and Technology.
https://doi.org/10.2166/wpt.2020.106

 

Versi

 Versi

TangkiNAHRIM resultss

Tangki NAHRIM 2.0 | Dikeluarkan pada tahun 2020 | URL: Aplikasi web

TN2008 Muat turun: Tangki NAHRIM | Panduan Pemasangan | Dikeluarkan pada tahun 2008

 

Penafian

 Penafian

Adalah dimaklumkan bahawa perisian dan aplikasi web ini merupakan panduan sahaja dalam pengiraan kecekapan saiz tangki untuk penuaian air hujan. NAHRIM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami oleh pengguna disebabkan penggunaan keputusan perisian dan aplikasi web.

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjpp