red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Pusat Gedung Data Hidraulik Kebangsaan Malaysia (GEDUNG)

on . Posted in Produk

PUSAT GEDUNG DATA HIDRAULIK KEBANGSAAN MALAYSIA

 

http://gedung1nahrim.nahrim.gov.my

 

Dalam Rancangan Malaysia Ke-9, NAHRIM telah mengambil inisiatif membangunkan sebuah aplikasi yang berperanan untuk membantu dan mengalakkan aktiviti R&D air dan persekitarannya melalui penyediaan maklumat dan data R&D terdahulu  yang dijalankan oleh pelbagai pihak. Kos pembangunan aplikasi ini adalah RM 1.3 juta dimana Pusat Gedung Data Hidraulik Kebangsaan Malaysia (GEDUNG) merupakan sebuah produk ICT yang dibangunkan sebagai sistem sokongan dan sistem penyampaian bagi  projek-projek R&D yang dijalankan oleh NAHRIM. Aplikasi yang dibangunkan berteraskan ilmu pengurusan maklumat dan teknologi maklumat yang dijadikan sebagai pelantar dalam membangunkan aplikasi ini, GEDUNG merupakan sebuah aplikasi yang menjadi pusat rujukan dalam mendapatkan maklumat-maklumat penyelidikan air dan persekitarannya serta maklumat berkaitan. 

 

Matlamat utama penubuhan Gedung adalah untuk mengarkib semua laporan penyelidikan air dan persekitaranya ke bentuk digital bagi menjamin maklumat-maklumat penyelidikan yang telah dihasilkan disimpan untuk pelbagai tujuan pada masa hadapan. 

 

Objektif pembangunan aplikasi ini adalah seperti berikut:

 

  •  Sebagai pusat rujukan dalam mendapatkan maklumat-maklumat R&D air dan persekitarannya di Malaysia;
  •  Menyelaras aktiviti R&D air & persekitaran supaya tidak ada pertindahan kerja dan fungsi;
  •  Akses kepada maklumat R&D dan maklumat berkaitan dapat dicapai 24 jam sehari dan 365 hari setahun;
  •  Penjanaan maklumat baru yang lebih komprehensif dan menyeluruh melalui proses information extraction dan information filtering daripada pelbagai laporan R&D dan maklumat yang berkaitan; dan
  •  Mengalakkan perkongsian maklumat bagi membantu meningkatkan aktiviti R&D khusus dalam bidang air dan persekitarannya;

Kumpulan sasaran bagi penggunaan Gedung terdiri daripada pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan dan minat terhadap penggunaan data dan maklumat penyelidikan air dan persekitarannya seperti berikut:-

    1. Jabatan dan Agensi Kerajaan
    2. Universiti
    3.  Badan Bukan Kerajaan
    4.  Perunding
    5.  Penyelidik

    Faedah daripada pembangunan aplikasi ini kepada negara dan kumpulan sasaran adalah seperti berikut:

     

    Faedah kepada Negara:

      1. Menyediakan sebuah platform yang untuk perkongsian data dan maklumat khusus dalam bidang penyelidkan air dan persekitaran
      2. Mewujudkan sebuah pusat rujukan bagi mendapatkan maklumat dan data penyelidikan yang pernah dijalankan di Malaysia oleh pelbagai pihak
      3.  Pengurusan maklumat dan data penyelidikan yang lebih sistematik dan efisen.

      Faedah kepada kumpulan sasaran:

      1. Akses kepada data dan maklumat penyelidikan secara online
      2.  Penjanaan maklumat-maklumat secara menyeluruh daripada proses extraction laporan-laporan penyelidikan terdahulu
      3.  Bertindak sebagai first point of reference oleh para penyelidik dalam mendapatkan maklumat penyelidikan air dan persekitaran

      Menjimatkan masa pencarian maklumat dan maklumat yang dikumpul lebih meluas bagi membantu para penyelidik dalam mendapatkan maklumat yang lebih banyak.

       

      Pembangunan  GEDUNG merupakan inisiatif NAHRIM dalam membantu dan menyokong aktiviti R&D di Malaysia dalam mendapatkan maklumat penyelidikan air dan persekitaranya yang pernah dijalankan di Malaysia. Kepelbagai simpanan laporan yang merangkumi kepelbagaian topik penyelidikan menjadikan GEDUNG sebuah aplikasi yang memenuhi keperluan dan kehendak penyelidik dalam menjalankan aktiviti R&D.

      Penggunaan GEDUNG banyak memberi manfaat kepada penyelidik, institusi penyelidikan, universiti dan lain-lain pihak dalam mendapatkan maklumat penyelidikan dan lain-lain maklumat yang berkaitan dengan air dan persekitaranya. Kesediaan maklumat yang mudah diakses dan penyediaan maklumat yang lebih menyeluruh dan berstruktur dapat membantu pelbagai pihak dalam menjalankan R&D.

       

      Add comment


      Security code
      Refresh

      • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
      • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun