red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Perkhidmatan perundingan bagi projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Sarawak (RTBSS) telah dilaksanakan di Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI), NAHRIM pada tahun 2012 untuk Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS). (2)

on . Posted in Perundingan

Objektif utama perkhidmatan perundingan ini meliputi pembangunan model fizikal dan numerikal untuk menilai kecekapan dan keberkesanan opsyen tebatan banjir yang telah dicadangkan oleh pihak konsultan yang dilantik JPS, dengan memberi tumpuan kepada isu-isu berikut: -

  1. Mengesahkan kapasiti struktur pelepasan air untuk struktur-struktur pintu kawalan pasang surut (TCG) dan barrage;
  2. Mengesahkan pelesapan tenaga dan perlindungan kerukan bagi struktur-struktur yang dicadangkan;
  3. Menguji mod operasi yang berbeza seperti yang ditetapkan pihak konsultan;
  4. Membuat pemerhatian terhadap regim aliran untuk menilai potensi pemendapan dan/atau corak hakisan serta ramalan kualiti air dalam saluran pintasan dan aliran Sg. Sarawak.

Bagi pemodelan fizikal, sebanyak 6 kes ujian telah dijalankan untuk model TCG sementara 4 kes ujian telah dilaksanakan untuk struktur barrage. Model berskala yang digunakan adalah 1:50, dengan kadaralir maksimum sebanyak 272 liter/saat, bersamaan dengan 4800 m3/saat dalam keadaan sebenar (prototaip). Bagi pemodelan numerikal pula, model-model 2D meliputi sungai-sungai berkaitan dan model 1D bagi kualiti air dalam saluran pintasan banjir telah dibangunkan.

rtbss

Model struktur TCG yang dibangunkan.

rtbss

Model struktur barrage dalam pembinaan.

 

rtbss

Lawatan oleh Ketua Pengarah dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Pengairan dan Saliran ke model RTBSS, diiringi Ketua Pengarah NAHRIM, Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban.

 

rtbss

Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Datuk Ir. Hj. Ahmad Hussaini bin Sulaiman membincangkan perkara-perkara berkaitan RTBSS bersama pegawai-pegawai NAHRIM.

 

rtbss

Proses pengukuran data ujian model TCG.

 

rtbss

Ujian bagi struktur barrage sedang dijalankan.

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun