red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Permodelan Hidrodinamik Sungai Pendekatan Awal Menggunakan Infoworks RS. oleh Abd. Jalil Hassan

on . Posted in Senarai Penerbitan

Sinopsis
CoverBuku ini membicarakan secara praktikal cara-cara membangunkan sebuah model hidrodinamik sungai dengan menumpu kepada aspek banjir bermula dengan cara-cara memasukkan data keratan rentas sungai sehingga ke peringkat menjalankan analisis dan kerja rekabentuk.

Buku ini bertujuan memberikan panduan asas kepada Jurutera Hidraulik Jurutera Sungai, perunding dan juga pelajar kejuruteraan awam di peringkat universiti mengenai kaedah dan langkah-langkah asas yang diperlukan untuk membangunkan model hidrologi dan hidrodinamik sungai.

Setelah kita dapat membangunkan model yang lengkap, kita boleh mempelajari dan memahami perlakuan aliran sungai semasa banjir. Berdasarkan pengetahuan tentang perlakuan aliran banjir ini adalah diharapkan sebarang aktiviti di kawasan tadahan atau di lembangan sungai dapat dikaji dengan lebih tepat supaya tindakan awal boleh dilaksanakan. Tindakan ini memberikan kesan atau impak yang minima kepada sistem sungai itu sendiri khususnya dan penduduk sekitar amnya.

Sg Juru telah digunakan didalam proses membangunkan model sungai dan penggguna akan dibekalkan dengan maklumat kerjaukur lengkap sistem sungai tersebut termasuk peta-peta yang berkaitan seperti sungai, jalan, gunatanah dalam CD yang disertakan. Model sungai yang lengkap juga dibekalkan bagi membolehkan pengguna membuat rujukan dan perbandingan.
Buku ini tidak bercadang menggantikan mana-mana buku teknikal berkaitan hidraulik. Walau bagaimanapun pendekatan didalam buku ini akan membolehkan Jurutera Hidraulik membangunkan model sungai untuk memahami permasalahan berkaitan aliran alir sungai secara sendiri.
  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun