red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

PENCAPAIAN NAHRIM DI MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO 2016 (MTE 2016) 18 – 20 FEBRUARI 2016, PWTC, KUALA LUMPUR

on . Posted in Arkib Aktiviti 2016

    Malaysia Technology Expo 2016 atau MTE 2016 telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 18 hingga 20 Februari 2016. MTE 2016 iaitu MTE kali ke-15 ini sekali lagi memberi pengiktirafan kepada inovasi, rekabentuk dan ciptaan yang terbaik di rantau ini untuk dua pengiktirafan iaitu The Invention & Innovation Awards 2016 dan The Malaysia International Design Expo & Awards 2016 (mIDEAS). MTE telah dianjurkan oleh Persatuan Saintis Penyelidikan Malaysia (MARS) dan Protemp Exhibitions Sdn. Bhd. dan ianya merupakan platform perjumpaan perniagaan tahunan untuk teknokrat, pencipta, pemberi lesen, pengedar dan pengeluar untuk berkongsi pengetahuan dan menjalin hubungan perniagaan strategik. Lebih daripada 500 hasil inovasi dan ciptaan kebangsaan dan antarabangsa yang terdiri daripada industri, institusi pengajian tinggi tempatan dan agensi-agensi kerajaan telah menyertai MTE 2016 pada kali ini.

    Kumpulan penyelidik daripada Pusat Kajian Lembangan Sungai (PKLS), Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah mempamerkan tiga (3) Produk Inovasi untuk MTE 2016 kali ini. Produk-produk tersebut terdiri daripada NAHRIM Lab on Chip (NLOC), NAHRIM Community Floatable Flood Relief Centre dan NAHRIM Water Treatment Plant (NEWTON).

    NLOC merupakan makmal bergerak yang berupaya menganalisis sampel air di tapak persampelan untuk 14 parameter kualiti air seperti Ammoniacal Nitrogen, Nitrate, Nitrite, Biochemical Oxygen Demand (BOD), Total Organic Carbon (TOC), pH, suhu, saliniti dan lain-lain lagi.

   NAHRIM Community Floatable Flood Relief Centre direkabentuk untuk perlindungan komuniti semasa banjir yang dilengkapi dengan dapur, tandas dan bekalan air serta elektrik. Pusat perlindungan ini juga boleh digunakan untuk aktiviti seperti hari keluarga semasa musim kering. Ia dibina menggunakan bahan yang ringan, tahan lama dan mudah dipasang serta mudah diangkut dalam bentuk modular. Setiap modular mampu menampung satu keluarga seramai 7 orang.

   Produk ketiga iaitu, NEWTON adalah loji rawatan air dan air sisa yang direkabentuk untuk merawat air sungai daripada Kelas IV ke tahap air minuman. Loji ini telah dilengkapkan dengan pelbagai penapis seperti penapis pasir dan penapis karbon teraktif serta sistem osmosis songsang.

    Dua produk inovasi iaitu NAHRIM Lab On Chip (NLOC) dan NAHRIM Community Floatable Flood Relief Centre telah mendapat pengiktirafan daripada Juri dan berjaya meraih pingat gangsa bagi kedua-dua produk tersebut. Gambar 1 menunjukkan Ruang Pameran NAHRIM di MTE 2016 dan Gambar 2 menunjukkan Sijil Pengiktirafan dan Pingat untuk Produk Inovasi NAHRIM yang dipertandingkan.

gambar1PWTC
Gambar 1: Ruang Pameran NAHRIM di MTE 2016

gambar2PWTC
Gambar 2: Sijil-sijil Pengiktirafan dan Pingat

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun